Berteman Sepi

Assalamualaikum . .

Lebih sebulan Aie tidak menulis, kehidupan di Universiti sangat mencabar kemampuan Aie untuk menimba ilmu. Manakan tidak setiap hari mendaki Menara SAAS yang 2x5, 5x2 = 10 dengan Batu Caves tuh. Hahaha

Apa pun demi sebuah impian. Aie gagahkan. Hari ini Aie mahu bercerita mengenai soal hati . .

DLK entah mengapa hati ini selalu ego menafi perasaan, takutkah hati ini dengan kelukaan? Aie sendiri tidak memahami, hati seperti suka, mahu mendekatinya, tapi tatkala diminta untuk diisikan perasaan CINTA ia seolah-olah lari daripada keinginannya sendiri.

Ralat Aie untuk memahami kehendak Aie sendiri. Apabila kejujuran itu terserlah, Aie sendiri merasa kesakitan itu. 

DLK adakah cinta itu masih ada? Siapakah insan yang berjaya memecahkan tembok keraguan yang sangat menebal. Mungkinkah Adam diri ini masih belum kutemui.

Tatkala insan lain mencorak kaftan rindu dan kasih sayang, Aie terfikir adakah diri ini akan merasakan kegembiraan mereka, kebahagiaan mereka.

Entahlah, hati ini terlalu sukar untuk difahami. Hanya lagu Berteman Sepi yang menjadi peneman hari demi hari.

DLK sampai disini kisah kita, semoga nukilan seterusnya lebih membawa kebahagiaan untuk diri ini




0 comments:

Post a Comment


up