Assalamualaikum . .
Fuh . . fuh . . fuh . . habuk banyaknya. Maklumlah dah lama Aie tak upload. Tambah tolak darab bahagi, Wah ! dah dekat setahun lah. Sibuk memanjang.
Dah stop membebel, now nak mulakan zaman menulis semula. Okay cerita? Cerita apa? . . Haa Now SAYA BUDAK DEGREE !! Haha . . Owh overnya statement aku !
Alhamdulillah Aie ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Satu kebanggaan kerana ramai anak melayu yang sudah mampu mengorak langkah ke menara gading. Terima Kasih kepada pemimpin-pemimpin negara yang senantiasa berusaha meningkat kualiti pendidikan Anak Melayu di Malaysia. (Bersyukur). Okay kembali semula . .
Cerita pasal seorang student . . Harinie Aie dah mula mendaftar belajar di UiTM Shah Alam. UiTM Di Hatiku . . Cerita pasal mendaftar biasalah, sampai pukul 9.30 pagi, terus ke Kolej Melati. Dah namanya masuk belajar beg tak payah critalah, macam tak nak balik Sepang dah gamaknya. Seriously menyesal bawak barang banyak-banyak. Nasib baik ada Mak Abah and Adik yang sanggup tolong. Ariigato Gozaimasu Okkasang, Ottosang, Arif Kun.
Perkara pertama yang Aie buat hari nie, tunggu Tiara . . Boleh pulak sesat kawan sorang nie, tapi tak lama pun dalam 15 minit jer. After that, kami daftar sama-sama and finally bilik pun dapat sama. Masa daftar tuh adalah beberapa borang yang perlu diisi (takpayah mentionlah). Lenguh tangan menulis siap main gunting-gunting gambar lagi. Haha Nasib baiklah Tiara rakan sebilik, sekurang-kurangnya takda lah mati kebingungan jer dekat UiTM yang besar gedabak nie. Haha
Sekitar Pemandangan UiTM
Bilik yang bakal menyaksikan segala cerita suka duka ranjau kehidupan kami adalah bilik 4B-02-31. Satu sem nie, Insya Allah nielah bilik yang menjadi tempat berteduh. (Macam sadis sangat) Haha.
Owner Bilik
Okay dapat bilik terus pergi tengok, bilik not bad, boleh tahan and selesa untuk solat, study and tidur (paling utama) Haha. Lepas godek-godek sikit terus angkut barang. Haa angkut lagi, berat tahu . . Nasib baik ada lif. selamat sikit, Ini pentingnya teknologi moden. Memudahkan urusan manusia.
Lepas dah masuk bilik, kemas apa yang patut. Terus keluar makan, mungkin inilah kali terakhir makan dekat sana. Tak sedap, maybe kepenatan selera pun kurang (Habis jugak sepinggan) positve thinking.
Lepas tuh, balik semula UiTM and di saat, waktu dan ketika itu, pengembaraan Aie sebagai budak U akan kembali semula. Wah macam ada benda yang menarik yang bakal berlaku akan datang. Tapi tu semua Aie akan update kemudian.
Bilik Siap Dikemas
Almari Pakaian
Ja Ne DLK . .





6 comments:
kak sijil koko kena buat salinan ke?
Cantikk!!
Tiararamli
Kak, bgaimana jika transkrip diploma/matrik saya blum dikeluarkan? padahal ianya dperlukan smasa hari pndaftran
assalam
akak nak tanya kat kolej melati nie ada lif x?
Post a Comment