Kazuma Kiryu

Assalamualaikum
Haa . . . lama tak mengupdate pasal prince charming sorang nie . . maklumlah prince charming sorang nie busy memanjang . . tapi still ada masa lah nak spent time masa dengan kawan-kawan . .

Cerita harinie hanya nak hilangkan habuk-habuk dekat DLK nie, maklumlah semenjak memangku jawatan mahasiswi nie, masa nak tengok DLK langsung tak berkesempatan . .

This sem, Aie dah bertukar kampus, Dri Shah Alam ke Puncak Alam, so berkesempatan jumpa dengan En Kazuma Kiryu . . hehe happy kemain lagi bila Preve Putih tuh sampai depan rumah . . lompat-lompat macam putera kayangan turun ke bumi dah gamaknya . . hahaha

rasa macam mimpi pulak putera hati datang puncak alam kan. hahaha tapi en sedihnya satulah dtg En Kazuma nie time mood tengah kelaut . . Lautan Hindi dah pergi mood semua.

Second pertemuan, bila dia teman pg kenduri kawan . . hahaha rasa bawak pkwe pulak, actually memang pun kan bawak cinta hati jumpa kawan-kawan lain. Time tuh ada muka yang tak suka, ada muka blur, muka happy pun ada, tapi xpelah hati dulu yang penting . .

I hope kebahagiaan ini berkekalan lah . .


Update

Assalamualaikum . .

Fuh . . Fuh habuk2, banyaknya habuk . . hehe nampak sangat lama tak jengah DLK nie . . maaf DLK busy tahap dewa kata orang . . Harinie mcm berkesempatan sikit nak berblog . .

So far, Aie hadapi banyak dugaan, tempuhi banyak cabaran yang paling penting mengalami pelbagai pengalaman  yang banyak mengajar Aie erti sebuah kehidupan . .

Today, Aie mulakan kerja . . rasa blur jugaklah sebab aie memang xberapa minat kerja office . . Mungkin DLK lebih mengetahui  . .

Suka charity pgrams tpi office memang taklah . . nak-nak kena menaip surat nie . . kurang sikitlah ceritanya . 

Oh nak cerita Aie tengah semester break . . agak bestlah jugak bercuti nie . . tapi dh kerja pulak . . takpelah xsusahkn family . .

so DLK pahamlah knapa jarang nak berblog kan . . Rasanya tuh jelah ceritanya . . haha mcm apa jer story tapi xda story . .

ok bye . .

Ramadhan

Assalamualaikum . .

Hari nie ada masa untuk belek DLK, rasa serba salah pulak lama Aie tak jengah DLK . . Kesibukkan Aie dengan tanggungjawab menjadikan diri ini agak terbatas untuk bersama DLK . . dikesempatan inilah Aie menzahirkan rasa hati . .

DLK dalam misi Aie mencari seorang 'Adam' . . Ia tidaklah semudah yang disangka . . mungkinkah hati ini belum bersedia untuk memulakan cinta baru? Entahlah Aie pun tak tahu . . di suatu ketika Aie merasakan cinta yang Aie cari seperti jauh beribu batu . . kadang-kala Aie merasakan cinta ini hanya di depan mata . .
Namun, mengakui dialah Adam amatlah sukar . .

Pengenalan Aie dengan Ramadhan pun tidak mampu menutupi kekosongan yang ada . . Siapakah Ramadhan ini? Mungkinkah ini Adam yang Aie cari . .

walaupun Abg Ramadhan lebih berusia daripada Aie, namun kekosongan dan kematangan insan yang pernah bertakhta sebelum ini tidak ada bandingnya . . sukarnya mencari keputusan . .

Ya Allah bantulah Aie . .

Berteman Sepi

Assalamualaikum . .

Lebih sebulan Aie tidak menulis, kehidupan di Universiti sangat mencabar kemampuan Aie untuk menimba ilmu. Manakan tidak setiap hari mendaki Menara SAAS yang 2x5, 5x2 = 10 dengan Batu Caves tuh. Hahaha

Apa pun demi sebuah impian. Aie gagahkan. Hari ini Aie mahu bercerita mengenai soal hati . .

DLK entah mengapa hati ini selalu ego menafi perasaan, takutkah hati ini dengan kelukaan? Aie sendiri tidak memahami, hati seperti suka, mahu mendekatinya, tapi tatkala diminta untuk diisikan perasaan CINTA ia seolah-olah lari daripada keinginannya sendiri.

Ralat Aie untuk memahami kehendak Aie sendiri. Apabila kejujuran itu terserlah, Aie sendiri merasa kesakitan itu. 

DLK adakah cinta itu masih ada? Siapakah insan yang berjaya memecahkan tembok keraguan yang sangat menebal. Mungkinkah Adam diri ini masih belum kutemui.

Tatkala insan lain mencorak kaftan rindu dan kasih sayang, Aie terfikir adakah diri ini akan merasakan kegembiraan mereka, kebahagiaan mereka.

Entahlah, hati ini terlalu sukar untuk difahami. Hanya lagu Berteman Sepi yang menjadi peneman hari demi hari.

DLK sampai disini kisah kita, semoga nukilan seterusnya lebih membawa kebahagiaan untuk diri ini




Hari Pendaftaran UiTM

Assalamualaikum . .

Fuh . . fuh . . fuh . . habuk banyaknya. Maklumlah dah lama Aie tak upload. Tambah tolak darab bahagi, Wah ! dah dekat setahun lah. Sibuk memanjang.

Dah stop membebel, now nak mulakan  zaman menulis semula. Okay cerita? Cerita apa? . . Haa Now SAYA BUDAK DEGREE !! Haha . . Owh overnya statement aku !

Alhamdulillah Aie ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Satu kebanggaan kerana ramai anak melayu yang sudah mampu mengorak langkah ke menara gading. Terima Kasih kepada pemimpin-pemimpin negara yang senantiasa berusaha meningkat kualiti pendidikan Anak Melayu di Malaysia. (Bersyukur). Okay kembali semula . . 

Cerita pasal seorang student . . Harinie Aie dah mula mendaftar belajar di UiTM Shah Alam. UiTM Di Hatiku . . Cerita pasal mendaftar biasalah, sampai pukul 9.30 pagi, terus ke Kolej Melati. Dah namanya masuk belajar beg tak payah critalah, macam tak nak balik Sepang dah gamaknya. Seriously menyesal bawak barang banyak-banyak. Nasib baik ada Mak Abah and Adik yang sanggup tolong. Ariigato Gozaimasu Okkasang, Ottosang, Arif Kun.

Perkara pertama yang Aie buat hari nie, tunggu Tiara . . Boleh pulak sesat kawan sorang nie, tapi tak lama pun dalam 15 minit jer. After that, kami daftar sama-sama and finally bilik pun dapat sama. Masa daftar tuh adalah beberapa borang yang perlu diisi (takpayah mentionlah). Lenguh tangan menulis siap main gunting-gunting gambar lagi. Haha Nasib baiklah Tiara rakan sebilik, sekurang-kurangnya takda lah mati kebingungan jer dekat UiTM yang besar gedabak nie. Haha


Sekitar Pemandangan UiTM

Bilik yang bakal menyaksikan segala cerita suka duka ranjau kehidupan kami adalah bilik 4B-02-31. Satu sem nie, Insya Allah nielah bilik yang menjadi tempat berteduh. (Macam sadis sangat) Haha.


Owner Bilik

Okay dapat bilik terus pergi tengok, bilik not bad, boleh tahan and selesa untuk solat, study and tidur (paling utama) Haha. Lepas godek-godek sikit terus angkut barang. Haa angkut lagi, berat tahu . . Nasib baik ada lif. selamat sikit, Ini pentingnya teknologi moden. Memudahkan urusan manusia.

Lepas dah masuk bilik, kemas apa yang patut. Terus keluar makan, mungkin inilah kali terakhir makan dekat sana. Tak sedap, maybe kepenatan selera pun kurang (Habis jugak sepinggan) positve thinking.

Lepas tuh, balik semula UiTM and di saat, waktu dan ketika itu, pengembaraan Aie sebagai budak U akan kembali semula. Wah macam ada benda yang menarik yang bakal berlaku akan datang. Tapi tu semua Aie akan update kemudian.


Bilik Siap Dikemas


Almari Pakaian


Ja Ne DLK . .

up