Assalamualaikum . .
Agak lama Aie tidak mengisi ruang kekosongan di blog ini. Tapi hari ini Aie rasa ada sedikit kesempatan untuk bercerita. Alhamdulillah bulan 2 yang lepas kami selesai mengadakan Annual Dinner Semester 6 Diploma Accountacy UiTM.Suasana? sudah semestinya sangat meriah dengan tema GLAMOROUS. Kami memilih King's Hotel Ayer Keroh, Melaka untuk annual dinner kami
Masa dekat sana, bukan makan yang menjadi main activity kami, tapi bergambar. HAHA. Jangan tak percaya Aie sendiri simpan ratusan gambar untuk annual dinner kali ini. Walau apa pun, Aie dapat rasakan annual dinner kali ini, macam pre-graduation night kami. Ada yang akan tinggalkan kami dan ada yang meneruskan pengajian lagi. Apa pun semoga berjaya kawan-kawan.
Macam-macam aktiviti, daripada Coral Speaking sampai ke Fashion show. Menarik bukan? tak sangka ramai yang berbakat menganjurkan event yang sangat meriah. Tak perlu budget yang besar. Cukup sekadar kegembiraan rakan-rakan.
King and Queen of the night? Mana mungkin tak ada kan. King of the night kami Azim, and Aie dapat Queen of the night. Meriah bukan. Tapi bagi Aie, smua adalah king and queen. Sangat hensem dan lawa.
Majlis berakhir dalam pukul 1 pagi. Letih? sudah semestinya. HAHA. Ape pun terima kasih untuk kegembiraan semua.

0 comments:
Post a Comment