Apa itu Autisme?

Assalamualaikum . .
Agak lama Aie tidak menulis, mungkin kerana kekangan masa yang membataskan penulisan, alhamdulillah hari ini, Aie berkesempatan untuk menulis, entri hari ini mengenai autisme. Korang tahu apa itu autisme? kenapa Aie menulis mengenai autisme, baru-baru ini, Aie mendapat perkhabaran yang tidak baik mengenai seorang sepupu Aie yang menghidap penyakit autisme. Jadi Aie ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai penyakit ini dengan korang especially parents yang mungkin tak tahu anak anda mempunyai masalah autisme.

Menurut wikipedia, autisme ditakrifkan sebagai kecacatan perkembangan yang melibatkan otak atau saintifiknya (pervasive developmental disorder). Autisme dianggap penyakit yang melibatkan kecacatan neurologi iaitu kecacatan yang tidak kelihatan. Kebiasaannya autisme melibatkan masalah dari segi komunikasi emosi, perhubungan sosial dan juga berkaitan dengan minat dan aktiviti. Secara umumnya, autisme jarang dikesan oleh ibu bapa pada peringkat awal, ia biasanya dikesan apabila pesakit tersebut mengalami kesukaran untuk bertutur, menulis dan mengenal huruf. Ini biasanya dikesan apabila kemampuan mereka lebih rendah berbanding kanak-kanak normal.

Autisme boleh dibahagikan kepada dua iaitu Sindrome Asperger dan Sindrome Kanner. Sindrome Asperger merupakan kecacatan spektrum autisme yang disifatkan melalui kesukaran pesakit untuk berinteraksi dan mempunyai tingkah laku yang berulang-ulang dan terhad.

Pesakit sindrome asperger mempunyai kekurangan dalam kemahiran kemasyarakatan yang jelas. Mereka mempunyai kebiasaan yang sama dan melakukan perkara yang sama. Selain itu, pesakit ini juga mengalami masalah untuk menentukan jarak dengan orang lain. Namun, pesakit ini sangat peka dengan deria bunyi, bau dan rasa. Ini sekaligus menjadikan mereka cenderung atau menonjol kepada sesuatu perkara. Kerana sifat ini, mereka selalunya dianggap pelik kerana perangai mereka yang lurus bendul. Ini kerana mereka mempunyai kelainan neurological berbanding manusia normal. Secara keseluruhan, pesakit sindrome asperger merupakan seorang yang lurus dan mereka mempunyai masalah dalam mengendalikan bahasa dalam konteks kemasyarakatan.

Untuk pengetahuan anda, ramai tokoh-tokoh terkenal yang menghidap penyakit sindrome asperger, antaranya Albert Einstein, Isaac Newton dan Bill Gates. Jangan anggap pesakit autisme sebagai tidak cerdik, tetapi mereka sebenarnya adalah genius!


Manakala sindrome kanner pula ditakrifkan sebagai autisme klasik. Apa itu autisme klasik? Tak banyak meklumat mengenai sindrome kanner, tetapi menurut sumber penyakit ini memperlihatkan kelewatan dalam pertuturan yang sangat jelas kepada penghidapnya. Tambahan pula pesakit mempunyai kadar IQ bawah dari 80. 

Aie harap kepada ibu bapa, kawan-kawan yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi simptom seperti ini, rujuklah kepada doktor, sebenarnya penyakit autisme bukanlah sesuatu penyakit yang menggusarkan, ia hanya menuntut kita untuk lebih kreatif mendidik mereka supaya mereka ini mampu hidup seperti manusia biasa. Terdapat pelbagai rawatan dan alternatif untuk membantu kita menguruskan mereka, cuma memerlukan sedikit kesabaran, setiap dugaan Allah itu, pasti ada hikmahnya.

0 comments:

Post a Comment


up