Love

Assalamualaikum . .

Mungkin agak pelik penulisan aie kali ini, tetapi ada sesuatu yang ingin di kongsi bersama teman. Apakah itu cinta sejauh manakah kita mengenali cinta? Mungkin ramai yang pakar menjawab soalan ini. Tetapi pernahkah kita nilai sedalam manakah cinta kita.

Mungkin perbezaan pendapat bakal terjadi. Rata-rata manusia mengenali cinta. Tahu bercinta dan pernah bercinta. Tapi tak ramai yang memahami apa isi cinta itu sendiri.


"LOVE IS SOMETHING THAT WE'LL NEVER SAY SORRY"

Mungkin ada yang pernah mendengar ayat ini, dan mungkin ada juga yang tidak memahami langsung. Hari ini Aie berkongsi satu pengisian cinta melalui perspektif Aie.

Cinta tak perlu kata maaf. Mungkin pada permulaan sebuah perhubungan kita sentiasa di sayangi. di belai. Tetapi tak selamanya ia kekal begitu. Rata-rata akan menyalahkan antara satu sama lain, sekiranya kita di uji atau perhubungan terputus di tengah jalan.

Ini yang Aie maksudkan. tak perlu sebenarnya ungkapan maaf itu. Apabila kita bercinta kita harus menerima hakikat kita bakal kecewa, bukan bermakna kita berdoa, tapi siapa tahu bukan. Hubungan ini milik Allah. Dia yang menentukan segalanya.

Jadi berbalik kepada ayat tadi. Tidak perlu ucapan maaf andai hubungan ini tidak menjadi. Cinta perlukan kesetiaan, jadi terpulang pada individu sama ada merasakan dia bersalah atau tidak.

Erm, macam tak ada cerita pun ada, tapi terasa nak menulis, akhirnya jadilah ringkasan yang tak seberapa ini. Maaf andai tersalah kata. 



Annual Dinner ^^

Assalamualaikum . .
Agak lama Aie tidak mengisi ruang kekosongan di blog ini. Tapi hari ini Aie rasa ada sedikit kesempatan untuk bercerita. Alhamdulillah bulan 2 yang lepas kami selesai mengadakan Annual Dinner Semester 6 Diploma Accountacy UiTM.
Suasana? sudah semestinya sangat meriah dengan tema GLAMOROUS. Kami memilih King's Hotel Ayer Keroh, Melaka untuk annual dinner kami
  
  
  
Untuk kali ini, Aie rasa tak kira perempuan atau lelaki, semuanya sangat hebat. Ada yang buat preparation awal untuk annual dinner. Ada yang pakai baju yang ada. Tak kisahlah semuanya sangat hebat malam itu. Tapi Aie agak terkilan Wawa tak dapat hadir sekali sebab terpaksa balik kampung. Tak pelah, mungkin rezeki tak bersama kami.
Masa dekat sana, bukan makan yang menjadi main activity kami, tapi bergambar. HAHA. Jangan tak percaya Aie sendiri simpan ratusan gambar untuk annual dinner kali ini. Walau apa pun, Aie dapat rasakan annual dinner kali ini, macam pre-graduation night kami. Ada yang akan tinggalkan kami dan ada yang meneruskan pengajian lagi. Apa pun semoga berjaya kawan-kawan.

Macam-macam aktiviti, daripada Coral Speaking sampai ke Fashion show. Menarik bukan? tak sangka ramai yang berbakat menganjurkan event yang sangat meriah. Tak perlu budget yang besar. Cukup sekadar kegembiraan rakan-rakan.
King and Queen of the night? Mana mungkin tak ada kan. King of the night kami Azim, and Aie dapat Queen of the night. Meriah bukan. Tapi bagi Aie, smua adalah king and queen. Sangat hensem dan lawa.
Majlis berakhir dalam pukul 1 pagi. Letih? sudah semestinya. HAHA. Ape pun terima kasih untuk kegembiraan semua.

Apa itu Autisme?

Assalamualaikum . .
Agak lama Aie tidak menulis, mungkin kerana kekangan masa yang membataskan penulisan, alhamdulillah hari ini, Aie berkesempatan untuk menulis, entri hari ini mengenai autisme. Korang tahu apa itu autisme? kenapa Aie menulis mengenai autisme, baru-baru ini, Aie mendapat perkhabaran yang tidak baik mengenai seorang sepupu Aie yang menghidap penyakit autisme. Jadi Aie ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai penyakit ini dengan korang especially parents yang mungkin tak tahu anak anda mempunyai masalah autisme.

Menurut wikipedia, autisme ditakrifkan sebagai kecacatan perkembangan yang melibatkan otak atau saintifiknya (pervasive developmental disorder). Autisme dianggap penyakit yang melibatkan kecacatan neurologi iaitu kecacatan yang tidak kelihatan. Kebiasaannya autisme melibatkan masalah dari segi komunikasi emosi, perhubungan sosial dan juga berkaitan dengan minat dan aktiviti. Secara umumnya, autisme jarang dikesan oleh ibu bapa pada peringkat awal, ia biasanya dikesan apabila pesakit tersebut mengalami kesukaran untuk bertutur, menulis dan mengenal huruf. Ini biasanya dikesan apabila kemampuan mereka lebih rendah berbanding kanak-kanak normal.

Autisme boleh dibahagikan kepada dua iaitu Sindrome Asperger dan Sindrome Kanner. Sindrome Asperger merupakan kecacatan spektrum autisme yang disifatkan melalui kesukaran pesakit untuk berinteraksi dan mempunyai tingkah laku yang berulang-ulang dan terhad.

Pesakit sindrome asperger mempunyai kekurangan dalam kemahiran kemasyarakatan yang jelas. Mereka mempunyai kebiasaan yang sama dan melakukan perkara yang sama. Selain itu, pesakit ini juga mengalami masalah untuk menentukan jarak dengan orang lain. Namun, pesakit ini sangat peka dengan deria bunyi, bau dan rasa. Ini sekaligus menjadikan mereka cenderung atau menonjol kepada sesuatu perkara. Kerana sifat ini, mereka selalunya dianggap pelik kerana perangai mereka yang lurus bendul. Ini kerana mereka mempunyai kelainan neurological berbanding manusia normal. Secara keseluruhan, pesakit sindrome asperger merupakan seorang yang lurus dan mereka mempunyai masalah dalam mengendalikan bahasa dalam konteks kemasyarakatan.

Untuk pengetahuan anda, ramai tokoh-tokoh terkenal yang menghidap penyakit sindrome asperger, antaranya Albert Einstein, Isaac Newton dan Bill Gates. Jangan anggap pesakit autisme sebagai tidak cerdik, tetapi mereka sebenarnya adalah genius!


Manakala sindrome kanner pula ditakrifkan sebagai autisme klasik. Apa itu autisme klasik? Tak banyak meklumat mengenai sindrome kanner, tetapi menurut sumber penyakit ini memperlihatkan kelewatan dalam pertuturan yang sangat jelas kepada penghidapnya. Tambahan pula pesakit mempunyai kadar IQ bawah dari 80. 

Aie harap kepada ibu bapa, kawan-kawan yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi simptom seperti ini, rujuklah kepada doktor, sebenarnya penyakit autisme bukanlah sesuatu penyakit yang menggusarkan, ia hanya menuntut kita untuk lebih kreatif mendidik mereka supaya mereka ini mampu hidup seperti manusia biasa. Terdapat pelbagai rawatan dan alternatif untuk membantu kita menguruskan mereka, cuma memerlukan sedikit kesabaran, setiap dugaan Allah itu, pasti ada hikmahnya.

Cinta Dua Manusia Agung =)

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.
Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya.
Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.
Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.
Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
Contohilah kisah cinta dua manusia agung ini…

broga hills =)

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah dengan izin Allah Aie dan others dah berjaya sempurnakan misi Hani Mohd Yunos mendaki bukit broga. Walaupun pada permulaannya Aie sendiri tak yakin Aie mampu menawan broga sekali lagi.

Actually ini first time Aie mendaki dengan memandu sendiri dari Melaka ke Semenyih. Sebelum nie, hanya menjadi penumpang semata-mata.

Perancangan awal sangat berbeza dengan pengalaman kami. Walaupun perjalanan kami ditemani hujan lebat, tapi akhirnya kami berjaya mengharunginya. Hanya semata-mata kerana broga.

Semangat bukan sekadar semangat, kami meneruskan perjalanan ke Hulu Langat terlebih dahulu untuk mandi kolam air panas. Walaupun sekejap, ia meninggalkan kenangan bersama sahabat yang lain. (maaf tiada gambar bersama)

Selepas mandi-manda, kami berehat di Serdang berhampiran dengan Taman Impian Ehsan (rumah mak dak). Actually kat sini, semuanya mula keletihan, maklumlah terpaksa berjaga semalaman. Walaupun letih, tapi kami masih ceria. Melawat tempat perindustrian di Serdang mengingatkan Aie pada Mak Ngah.

Dulu Mak Ngah bekerja kilang semata-mata mencari sesuap nasi. Wanita yang Aie sangat sayang. Ah, berbalik kepada cerita, kami melelapkan mata di Petronas Kajang. Ada yang tertidur, tapi ada juga yang berjaga.

Misi mendaki broga bermula selepas Subuh. Alhamdulillah berbekalkan semangat kami berjaya. Walaupun dilanda kepenatan yang sangat berbeza dari sebelumnya. Mungkin kerana tidak cukup rehat, ditambah pula dengan kelas yang padat, kepenatan tuh agak terasa.

Kami tiba di puncak lebih kurang pkul 7.15 pg. masa nie, senyuman mekar di wajah sahabat, mana taknya, misi terlaksana. Masa nie, semua bergambar sebagai tanda broga telah ditawan, gembira melihat mereka. Penat seolah-olah menghilang tatkala melihat pemandangan dan cuaca yang sejuk di puncak. Di sini Aie abadikan beberapa ingatan dan kenangan.  


kenangan bersama Mahasiswa dan Mahasiswi Diploma Perakaunan Semester 6




Hani Mohd Yunos



Hanna Nadhrah Kamarun


Aie & broga !

Mengabadikan kenangan 45 minit di puncak, kami turun semula ke kaki bukit untuk pulang ke Melaka. Kami sampai dengan selamat di rumah pada pukul 11.30 pagi. Walaupun terpaksa melawan kepenatan. Kami sangat gembira untuk kenangan ini.


Syed, Shera dan Hanna


Hani sempat minum air kelapa =) Kait sendiri ke ? :P


Kenangan ketika turun ke kaki bukit

Ini merupakan pengalaman yang menjadi ingatan apabila kami tamat pengajian nanti. Semoga ekspedisi ini mampu mengurangkan tekanan peperiksaan minggu hadapan.



Kemaafan =)

Assalamualaikum

Terfikir sejenak tentang luahan rasa sahabat http://tearatheowner.blogspot.com/. Khilaf kita sebagai hamba Allah dari muka bumi. Ya Allah adakah kita sudah meninggalkan Hablumminallah Hablumminannas?

Khilaf manusia tidak dapat di pisahkan dari kita, tidak lari seorang insan itu daripada melakukan kesilapan. Tetapi Allah kurniakan penyelesaian yang sangat indah dengan memohon kemaafan. Namun, realiti keegooan manusia itu sendiri mencacatkan keindahan kemaafan itu. Mengapa demikian? renungkan melalui mata hati, Insya Allah kebenaran tersingkap di sana.

Renung kembali hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:


"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan" (Hadith riwayat Muslim)

Jelas menunjukkan amalan kekeluargaan sangat diunjurkan dalam Islam, betapa cantiknya agama itu, hanya kita yang tidak menyedari keindahan dan kesempurnaan agama Allah ini.

Apabila terkenang, aku juga tidak lari daripada melakukan keikhlafan seperti ini. Mungkin penulisan ini hanya luahan namun pengertiannya sangat mendalam, betapa kita semakin jauh dari norma Islam yang sebenar, hanya sekadar nama sahaja tetapi tidak pada amalan. Ya Allah kuatkan hati ini.

Sahabat, sekiranya ada keikhlafan ku pohon kemaafan dari kejauhan, sesungguhnya tidak mahu aku tergolong dalam golongan pemutus hubungan ini.



Wanita pertama memasuki syurga =)



Assalamualaikum  . .

Aie sangat tertarik dengan entri wanita pertama ke syurga, Aie kongsikan sedikit mengenai cerita ini untuk teman.

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”
“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.
“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah
“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah
“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.
” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah
” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah
” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawab gembira, Mutiah berkata dari dalam.

“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”
“Ya dengan Hasan dan Husain ”
“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”
“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.

Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.
Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”
“Di ladang” Jawab Muti’ah
“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.
“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.
“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.
“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.
“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.
“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.


Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?


Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.


Wallahu a’lam




Merlin adalah Dajjal??



Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :

“Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri.”

Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.

“Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita.”

Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil.

Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1}

Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa:

“makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan.”

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :

“Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang”

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. 

Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah ‘penipuan agung’.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.

“Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar.”{2}

Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.

Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.

“Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar.”


Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman

Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman).

“Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel.”

John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut:

“Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman…”{3}


Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis…

p/s: Aie merupakan seorang peminat Merlin, atau lagi senang Colin Morgan. Susah untuk percaya, tapi jika ianya adalah benar. Kita hanya boleh menonton tapi tidak mengamalkan sihir-sihir yang dilarang dalam agama.








up