Post ke 100~

Assalamualaikum

Post ini merupakan post ke seratus yang Aie tulis untuk DLK, pelbagai cerita, pelbagai informasi dan pelbagai perasaan Aie kongsi dengan blog nie.

Alhamdulillah Aie bersyukur, walaupun pelbagai dugaan, kekecewaan yang Aie tempuhi, DLK sentiasa menjadi teman penulisan Aie. Nukilan Aie dikongsi bersama sahabat dan teman. 

Sepanjang penulisan Aie di sini, Aie tidak sedar umur Aie juga hampir mencecah kepada 21 tahun. Masya Allah. Aie hampir menjadi dewasa. Nampaknya peringkat kehidupan Aie yang baru hampir bermula.

Walaubagaimanapun, Aie bersyukur dikurniakan keluarga, sahabat, teman sebilik dan rakan seperjuangan yang tidak jemu memberi semangat dan dorongan . . Jatuh bangun Aie bersama mereka, tangan Aie sentiasa terpaut mesra bersama mereka.

Syukur Alhamdulillah, Aie akan terus menulis, nukilan Aie mungkin juga berbeza, selari dengan peningkatan umur dan pemikiran.

Maaf nukilan ini dan sebelumnya mengguris hati, keikhlafan ini tidak mampu Aie bawa pergi kerana Aie juga manusia seperti insan yang lain. Tapi andai ia melukakan, sepuluh jari menadah keampunan. Maaf dipinta, salam terbuka.



Nukilan : Nurhidayu Ahmad Puzii

0 comments:

Post a Comment


up