Mungkin ramai tidak mengenali siapa sebenarnya Alphonse Gabriel Capone. Jom Aie ada sedikit sejarah mengenai lelaki yang dikenali sebagai 'scarface' ini.

Pada tahun 1899, lahirlah seorang lelaki yang dikenali sebagai Alphonse Gabriel Capone. Pada ketika ini tiada siapa yang tahu, Capone bakal menjadi satu sejarah hitam kepada Amerika Syarikat terutamanya di kawasan Chicago.
Menurut cerita, tidak banyak yang orang tahu mengenai detik-detik kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Alphonse Gabriel Capone itu. Tapi sejarah mencatatkan, kemunculan Alphonse pada 17 Januari 1899 bagaikan api yang menghangatkan rumah Keluarga Capone. Kenapa? Teruskan bacaan anda ^^
Menurut sumber, orang tua Capone Gabriele adalah seorang tukang cukur dari Castellammare di Stabia, sebuah kota sekitar 16 mil (24 km) selatan Napoli, Italia. Manakala, Teresina, puteri Raiola Angelo Angri, adalah penjahit di sebuah kota di Provinsi Salerno. Menurut sumber tulisan ini, Wikipedia, keluarga Capone memiliki lapan (dari sembilan) anak, mereka terdiri daripada :
- James Capone (1892 – 1 Oktober 1952)
- Raffaele Capone (12 Januari 1894 – 22 November 1974)
- Salvatore “Frank” Capone (Januari 1895 – 1 April 1924)
- Alphonse “Scarface Al” Capone (17 Januari 1899 – 25 Januari 1947)
- John Capone (1901 – 1994)
- Albert Capone (1906 – Juni 1980)
- Matius Capone (1908 – 31 Januari 1967)
- Rose Capone (lahir dan meninggal 1910)
- Mafalda Capone (kemudian Mrs John J. Maritote, 28 Januari 1912 – 25 Maret 1988)
Anak-anak Keluarga Capone itu dibesarkan dalam latar belakang agama yang kuat. Ibu mereka adalah seorang penganut Katolik Roma yang taat. Keluarga Capone berpindah ke Amerika Syarikat pada 1893 dan menetap di Navy Street 95, di kawasan Angkatan Laut bahagian Brooklyn.
Ketika Al-Capone berusia 11 tahun, Keluarga Capone hijrah lagi ke Garfield Place, Park Slope, Brooklyn. Menurut kisah yang diketahui, Capone menjalani masa kanak-kanak dengan keras, Capone dibuang daripada sekolah Umum New York pada usia 14 tahun, setelah diusir dari Sekolah Awam.
Perjalanan kehidupan Al-Capone tidak berakhir setakat itu, Dia kemudian bekerja sambilan di Brooklyn, termasuk sebuah tempat boling. Di situlah Capone mengenali gangster Johnny Torrio, yang Capone jadikannya sebagai mentor.
Setelah berkhidmat dalam beberapa kumpulan kongsi gelap termasuk The Junior, Capone akhirnya bergabung dengan Rippers Brooklyn yang lebih dikenali dengan jolokan nama Gang Five Points. Di situ dia dibimbing oleh pemeras ugut bernama Frankie Yale.
Gang Five Points dikenal sebagai kelompok yang keras dan tidak memilih kasih. Menurut kisah ketika Capone terlibat dalam satu pergaduhan, Capone mengalami luka di wajahnya, membuatnya dijolokan dengan nama “Scarface”. Seterusnya?? Teruskan membaca . .
Pada 30 Disember 1918, Capone menikahi Mae Josephine Coughlin yang dikurniakan seorang anak bernama Albert Francis (“Sonny”) Capone. Setelah itu, Capone berpindah ke New York tanpa isteri dan anaknya. Capone membeli sebuah rumah di Prairie Ave pada 1923 dengan harga
USD $ 5.500.
USD $ 5.500.
Datang atas undangan Johnny Torri yang merupakan orang yang berkuasa di Chicago, Capone terlibat dalam pergaduhan yang melibatkan kumpulan Tangan Hitam. Pihak berkuasa Chicago juga memburu Capone. Capone dipercayai terlibat dalam dua kes pembunuhan dan memperkosa wanita, Capone terpaksa menyembunyikan diri dengan mencari tempat yang selamat dan pekerjaan yang lebih baik untuk keluarganya.
Chicago 1923. Terjadi reformasi besar-besaran. Ketua Kota, William Emmett Dever mula melakukan tekanan terhadap semua kumpulan kongsi gelap. Capone terpaksa memindahkan pusat kekuasaanya di luar pemerhatian pihak polis dan menciptakan zon aman untuk operasinya ke Cicero, Illinois.
Capone mengambil alih kekuasaan mafia Cicero pada 1924. Cicero di bawah pimpinan Myles O’Donnell dan saudaranya William “Klondike” O’Donnell terpaksa menghadapi Capone dalam Perebutan wilayah, ini menyebabkan kematian lebih dari 200 orang, termasuklah Bill McSwiggins.
Pada 1924, pilihan raya kota di Cicero dikenali sebagai salah satu pemilihan yang paling tidak adil di daerah Chicago. Calon-calon yang bertanding telah menerima ugutan dan akhirnya calon yang di sokong Al-Capone telah memenangi pilihan raya tersebut. Disebabkan itu, Capone menjadi semakin berkuasa dan berpengaruh. Ini menyebabkan mereka mampu mengumumkan kekuasaan mereka di sekitar kawasan Chicago.
Malangnya, kemenangan itu tidak lama, dengan berita kematian abangnya, Frank, di tangan polis. Capone mengisytiharkan semua kelab-kelab di sekita Cicero untuk satu hari sebagai tanda memperingati kematian abangnya.
Capone terkenal selama Era Pelarangan. Dia mengendalikan sebahagian besar Chicago dari bawah tanah dengan pendapatan kotor dianggarkan mencapai US $ 100 juta setahun.
Kekayaan ini dihasilkan melalui pelbagai urusan yang dianggap sebagai jenayah dalam undang-undang, ini termasuklah urusan seperti perjudian dan proksi, meskipun penghasilan wang terbesar adalah penjualan minuman keras.Namun, ada yang mengatakan bahawa Capone terlibat dalam dunia pelacuran di kelab-kelab yang dimilikinya.
Disebabkan permintaan yang tinggi dalam penjualan minuman keras, Capone meluaskan pasaran gelapnya di kawasan Timur Tengah untuk meluaskan pengaruhnya dalam dunia kongsi gelap.
Dengan duit yang diperolehi melalui penyeludupan, Kekuasaan Capone dalam dunia politik menjadi semakin kuat dengan berbekalkan pengaruh dan kekayaannya. Ini secara tidak langsung menjadikan Capone semakin berkuasa.
Perhatian media massa terhadap Capone juga menjadikan Capone dikenali dengan karisma dan kekayaannya. Namun, mereka tidak mengetahui tokoh atau idol yang mereka sanjungi ini merupakan satu nama yang sangat berpengaruh dalam dunia kongsi gelap dan jenayah antarabangsa.
Capone menjadi seorang yang disegani. Namun, Capone juga tidak dapat lari dari buruan dendam musuh-musuh dunia kegelapannya yang mahukan kematiannya. Disebabkan Capone, ramai ahli kongsi gelap terpaksa menghadapi kerugian termasuklah kumpulan gangster Hymi Weiss dan Bugs Moran. Capone juga pernah ditembak oleh musuh-musuhnya tetapi beliau masih bernyawa.
Kekuasaan Al Capone mula goyah ketika pada 1929 dengan kehadiran seorang penyelidik, Eliot Ness. Dengan tekun Ness menyiasat kegiatan Capone dan perniagaannya. Dia berjaya menutup banyak tempat pembuatan bir dan sarang penyeludupan Capone dengan siasatan beliau. Secara tidak langsung, Ness merupakan sejarah mimpi buruk bagi Capone.
Berkat usaha yang kegigihan Ness, Ness berhasil membawa Capone ke meja pengadilan. Pada 1931, Capone didakwa atas pelbagai jenayah yang pernah dilakukannya.
Setelah menjalanmi persidangan undang-undang yang panjang, Capone terbukti bersalah melanggar Undang-Undang Volstead. Hakim memutuskan Capone dikenakan hukuman sebelas tahun penjara dan denda sejumlah wang. Capone cuba untuk membuat rayuan, malangnya ia ditolak oleh mahkamah.
Pada Mei 1932, Capone dihantar ke Atlanta US. Kemudiannya dipindahkan ke Penjara Alcatraz yang sangat ketat dan tanpa kompromi. Alcatraz menjadikan Capone lebih dikenali kerana kekejamannya terhadap Chicago dan penduduk di sana.
Capone dibebaskan dengan syarat pada 16 November 1939, Capone menghabiskan waktu yang singkat di hospital, beliau kembali ke rumahnya di Pulau Palm, Florida, hingga ajalnya pada 25 Januari 1947 akibat penyakit Siphilis.

1 comments:
thanks
Post a Comment