Ramadhan

Assalamualaikum . .

Hari nie ada masa untuk belek DLK, rasa serba salah pulak lama Aie tak jengah DLK . . Kesibukkan Aie dengan tanggungjawab menjadikan diri ini agak terbatas untuk bersama DLK . . dikesempatan inilah Aie menzahirkan rasa hati . .

DLK dalam misi Aie mencari seorang 'Adam' . . Ia tidaklah semudah yang disangka . . mungkinkah hati ini belum bersedia untuk memulakan cinta baru? Entahlah Aie pun tak tahu . . di suatu ketika Aie merasakan cinta yang Aie cari seperti jauh beribu batu . . kadang-kala Aie merasakan cinta ini hanya di depan mata . .
Namun, mengakui dialah Adam amatlah sukar . .

Pengenalan Aie dengan Ramadhan pun tidak mampu menutupi kekosongan yang ada . . Siapakah Ramadhan ini? Mungkinkah ini Adam yang Aie cari . .

walaupun Abg Ramadhan lebih berusia daripada Aie, namun kekosongan dan kematangan insan yang pernah bertakhta sebelum ini tidak ada bandingnya . . sukarnya mencari keputusan . .

Ya Allah bantulah Aie . .

Berteman Sepi

Assalamualaikum . .

Lebih sebulan Aie tidak menulis, kehidupan di Universiti sangat mencabar kemampuan Aie untuk menimba ilmu. Manakan tidak setiap hari mendaki Menara SAAS yang 2x5, 5x2 = 10 dengan Batu Caves tuh. Hahaha

Apa pun demi sebuah impian. Aie gagahkan. Hari ini Aie mahu bercerita mengenai soal hati . .

DLK entah mengapa hati ini selalu ego menafi perasaan, takutkah hati ini dengan kelukaan? Aie sendiri tidak memahami, hati seperti suka, mahu mendekatinya, tapi tatkala diminta untuk diisikan perasaan CINTA ia seolah-olah lari daripada keinginannya sendiri.

Ralat Aie untuk memahami kehendak Aie sendiri. Apabila kejujuran itu terserlah, Aie sendiri merasa kesakitan itu. 

DLK adakah cinta itu masih ada? Siapakah insan yang berjaya memecahkan tembok keraguan yang sangat menebal. Mungkinkah Adam diri ini masih belum kutemui.

Tatkala insan lain mencorak kaftan rindu dan kasih sayang, Aie terfikir adakah diri ini akan merasakan kegembiraan mereka, kebahagiaan mereka.

Entahlah, hati ini terlalu sukar untuk difahami. Hanya lagu Berteman Sepi yang menjadi peneman hari demi hari.

DLK sampai disini kisah kita, semoga nukilan seterusnya lebih membawa kebahagiaan untuk diri ini





up