1) Tembok Besar China
Pada tahun 1987, Tembok Besar telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia. Menurut sejarah Tembok besar mulai dibina pada zaman Negara_Negara Berperang lebih 2000 tahun yang lalu, merupakan projek pertahanan pada zaman purba yang paling panjang dan paling besar di dunia.
Sebelum Maharaja Qinshihuang menyatukan China pada tahun 221 sebelum Masihi, banyak negeri di pelbagai tempat di China telah membina Tembok Besar. Setelah Dinasi Qin ditubuhkan, Tembok Besar di pelbagai negeri dihubungkan menjadi "Tembok Besar" tembok pertama yang sepanjang lebih 5 ribu kilometer. Sehingga Zaman Dinasti Han, Tembok Besar sepanjang 10 ribu kilometer. Tembok besar yang dilawati oleh pelancong kini adalah Tembok Besar yang dibina Pada Zaman Dinasti Ming lebih 700 tahun yang lalu. Lama-kelamaan, kebanyakan Tembok Besar yang dibina pada pelbagai Dinasti tidak utuh. Tetapi, Tembok Besar yang dipelihara dengan agak utuh ialah Tembok Besar yang dibina pada Zaman Dinasti Ming. Ia bermula dari Tembok Gerbang Jiayuguan Provinsi Gansu di barat China, sehingga ke Sungai Yalu di Provinsi Heilungjiang timur laut China, panjangnya lebih 6 ribu kilometer.
2) Kota Petra, Jordan


Petra “batu” dalam bahasa Yunani; bahasa Arab: al-Bitr, adalah sebuah situs arkeologikal di Yordania, terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung membentuk sayap timur Wadi Araba, lembah besar yang berawal dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba.
Petra didirikan enam tahun sebelum Masihi. Ia merupakan ibu kota kerajaan Nabatean. Nabatean adalah Raja Aretas IV yang membangun kota unik dan ajaib ini. Suku Nabatean membangunkan Kota Petra dengan sistem pengairan yang luar biasa rumitnya. Peradaban itu memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air.Sejarah Petra tidak sejelas 6 keajaiban dunia yang lain. Namun struktur geografinya yang unik menyebabkan Petra menjadi salah satu daripada keajaiban dunia yang telah wujud sejak berkurun lamanya.
3) Piramid Agung Giza, Egypt
Piramid Agung Giza adalah piramid yang tertua dan terbesar dari tiga piramid yang ada di Nekropolis Giza dan merupakan satu-satunya bangunan yang masih menjadi sebahagian dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dipercayai bahawa piramid ini dibangun sebagai makam untuk firaun dinasti keempat Mesir, Khufu dan dibangun selama lebih dari 20 tahun. Piramid Agung Giza dibina pada sekitar tahun 2560 SM. Piramid ini kadang-kadang disebut sebagai Piramid Khufu.Jika diperhatikan kawasan ini, jelas akan dapat dilihat terdapat satu pelantar atau dataran seluas 2000 meter persegi yang terletak di kawasan ini dalam keadaan tribunal. Bayang-bayang 3 buah piramid ini tidak mengenai satu sama lain. Piramid yang terbesar ialah Cheops, kemudian Chephren dan Micerines. Terdapat juga tiga piramid kecil bersebelahan ketiga-tiga piramid tadi seakan patung berhala bagi piramid-piramid utama tersebut.
Menurut Herodotus, Cheops dan seluruh pemerintah Mesir telah menjadikan hamba abdi sebagai tenaga buruh untuk mengangkut blok-blok batu dari kuari di bawah bukit ke sungai Nil di Aswan. Batu-batu tersebut diangkut menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai Nil. Seramai 100 000 tenaga lelaki dikerah melaksanakan tugas ini termasuk kerja-kerja pemecahan batu, pengangkutan, pengukiran, dan sebagainya. Selama 10 tahun telah diperuntukkan untuk projek ini diselesaikan .
4) Machu Picchu, Peru
Machu Picchu yang bermaksud "Gunung Tua" dalam bahasa Quechua; sering juga disebut "Kota Inca yang hilang" adalah sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas permukaan laut. Machu Picchu berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco.
Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangunkan pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inka. Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat dunia antarabangsa, tetapi tidak oleh masyarakat tempatannya. Tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahliarkeologi dari Universiti Yale yang bernama Hiram Bingham III yang menemukannya kembali pada tahun 1911.
Sejak itu, Machu Picchu menjadi bahan pelancongan berasaskan sejarah yang menarik bagi para pelancong tempatan mahupun asing.
Machu Picchu dibangun dengan gaya Inka kuno dengan batu tembok berpelitur. Bangunan utamanya adalah Intihuatana, Kuil Matahari, dan Ruangan Tiga Jendela. Tempat-tempat ini disebut sebagai Distrik Sakral dari Machu Picchu.
Tapak sejarah tersebut telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1983, Machu Picchu juga merupakan salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia baharu yang diumumkan oleh New 7 Wonders of The World Votes Comitte, juga mendapatkan perhatian akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh para pelancong (jumlah pengunjung mencapai 400,000 pada tahun 2003). Pada bulan September tahun 2007. Peru melakukan usaha-usaha legal atau perundangan dengan hasil tercapainya sebuah persetujuan dengan Universiti Yale untuk mengambil kembali artifak-artifak yang pernah dibawa oleh Bingham dari tapak sejarah tersebut pada awal abad ke-20.5)Chichen Itza, Mexico
Menurut buku budaya suku Maya dari Chilam Balam, kompleks candi ini dibangun antara tahun 502-522 Masihi. Suku Maya hanya menetap selama 200 tahun, kemudian mereka berpindah ke daerah pantai di Campeche. Namun versi lain mengatakan, Chichen Itza dibangun sekitar 800 tahun sebelum masihi. Piramid Kukulcan di kompleks tempat bersejarah ini dipercayai sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi peradaban bangsa Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan (kini wilayah Mexico). Itza merupakan pusat kepada kompleks bangunan lain seperti Piramida Kukulcan, Candi Chac Mool, dan bangunan Seribu Tiang.
Sejarah menceritakan, Chichen Itza merupakan simbol pemujaan dan ilmu pengetahuan. Chichen Itza didirikan raja suku Toltec bernama Quetzalcoatl yang datang ke Semenanjung Yukatan bersama pasukannya. Saat itu suku Maya sudah berada di daerah tersebut, kemudian bersama-sama suku Toltec, mereka membangunkan pelbagai kuil yang menyerupai piramid. Dengan demikian, Chichen Itza merupakan campuran kebudayaan Toltec dan Maya.
6) Colloseum, Italy

Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.Colosseum digunakan sehingga tahun 217, meskipun telah rosak akibat kebakaran kerana disambar petir.
Colosseum telah dibaiki pada tahun 238 dan menjadi tempat pertunjukan gladiator sehingga ia secara beransur-ansur dihentikan.

Bangunan ini kemudian digunakan untuk menyimpan perbagai jenis binatang sehingga tahun 524. Dua gempa bumi yang berlaku pada tahun 442 dan 508 menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan tersebut. Semasa Zaman pertengahan, Colosseum mengalami kerosakan yang lebih teruk sekali lagi disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 847 dan 1349. Banyak batu marmar digunakan untuk melapisi dan membangun kembali bahagian-bahagian Colosseum yang telah rosak karena terbakar.
Pada abad 16 dan 17, keluarga-keluarga Roman menggunakan Colosseum sebagai tempat pengambilan batu marmar untuk pembinaan bangunan Basilika St. Peter dan kediaman khusus palazzi, keluarga Roman. Di tahun 1749, ada sebuah bentuk dari pemeliharaan Colosseum. Paus Benedict XIV melarang untuk menggunakan Colosseum sebagai tempat perlombongan. Di tahun 2000 ada sebuah protes keras di Itali dalam rangka menentang penggunaan hukuman mati untuk negara-negara di seluruh dunia (di Itali, hukuman mati dihapuskan pada tahun 1948). Beberapa tunjuk perasaan memakai tempat di depan Colosseum. Sejak saat itu, sebagai sebuah isyarat menentang hukuman mati tersebut, penduduk tempatan mengganti warna Colosseum di malam hari dari putih menjadi emas dengan menggunakan penerangan berupa lilin dan lampu neon sampai pada saat di mana seluruh dunia menghapuskan tindakan penghukuman mati itu.
7) Taj Mahal, Agra


Taj Mahal (Bahasa Hindi: ताज महल )yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Seni bina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri .
Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'Permata Senibina Islam'.
Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya. Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya.

Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah.
Selain itu, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.


0 comments:
Post a Comment