Insya Allah DLK~

Setiap perjanjian sdah semestinya cantik jika diakhiri dengan Insya Allah . . cantik kan . . malah kelihatan manis untuk diperdengarkan . . subhanallah, indahnya ayat Sang Pencipta . . Justeru aku akan membuat perjanjian antara aku dan DLK . .



DLK Insya Allah,
aku akan memberikan ruang kebahagiaan untuk mereka yang ak kasihi, buat ayah dan ibu yang byak mngajarku erti khidupan . . buat kelurga yang byak memberikan dorongan, buat teman-teman yang sentiasa melengkapi . . dan buat insan bernama Nashrul Fikry


DLK Insya Allah,
Jika ditakdirkan aku mnjadi insan teristimewa dia, ak akan setia sperti dia setia pada cinta dahulunya . . Jika dia kcewa aku akn menjadi teman kkcewaannya . . dan jika dia bahagia aku adalah insan yang pling gembira . .



DLK Insya Allah,
Andai ditakdirkan umurku panjang, aku akn terus menulis kpadamu . . tentang hati dan perasaan aku . . tentang impian aku . . Terima Kasih mnjadi perapat hbungan kami . . terima kasih mnjadi penguat persahabatan kami . .



DLK Insya Allah,
Sekiranya Allah menemukan jodohku dengan insan teristimewa, aku akan menjadi isteri dan teman terbaek buatnya . . Tidak akan aku lukai hatinya sperti dia terluka dahulunya  . .




DLK Insya Allah,
Aku akan berusaha untuk menunaikan impian insan tercinta . . Jepun plihannya . . sperti dia dan dunia imaginasinya . . Aku akan berusaha untuk mnggapai mimpi indahnya agar mnjadi nyata . .



DLK Insya Allah,
Untuk semua perjanjian itu, aku akn tepati . . sperti mana yang ak telah sematkan dihati . . ak bhagia memiliki ramai sahabat, memiliki kluarga yang bhagia dan memiliki insan yang ak cinta . . Alhamdulillah, Dia memberikan aku kkayaan dalam kasih sayang . . mmberikan aku kebahagiaan . . Alhamdulillah . .



~INSYA ALLAH~

Kenali Kazuma Kiekiey !!

Lamanya ak xupdate psal Mr Kazuma Kiryu aku . . hehe . . hari nieyh rasa rindu plak kat si Kiekiey nieyh . . tp mlaslah plak nk msg2 . . haha why?? actually ak ksian kat die . . klu ak msg mesti die jeles sbb ak tgah cti sem skung . . die plak sbuk sgt ngan practical kat Ipoh tuh . . 


Semalam ak ad gak msg die tp lwat plak die reply. . tp die ttap reply . . tue yang wat kan ak hdup dgn impian ak . . ckuplah dh dkecewakan . . cinta terang2 nieyh kdg2 rumit sgt . . biarlah admire mcm nieyh . . ak pn happy . .


Hurmm . . lpa plak nk cter . . harituh die mngadu ngan ak . . assignment die kna reject . . Alahai siannya . . sdeyh jew suara die . . ape yg ak leyh ckap . . die sbar and relax . . so die overnight kat McD smpi pkul bpe ak pn xtaw . . hehe

Korang nak tawu . . ade 5 parkara yang ak perasan tentang Mr. F ak nieyh . .

  • Dia skrang cepat sangat melenting. Tp akan cool dalam masa 2 jam . .
  • Dia sngat sensitif . . especially bila ak usik die . . so, ak lah jgak kna pjuk . . haha
  • Dia sgat caring kalau ak xsihat  . . nie yang wat ak bertambah sayang . . <3
  • Sumpah die mmang akn lupakan korang kalu die tgah men game atau download movie
  • Dia takut menerima cinta baru . . 

Mengenali Kiekiey umpama bermain dengan api . . silap percaturan kau akan terbakar dalam api yang kau nyalakan sendri . . Kiekiey mmpunyai perwatakan seolah-olah menerima jew pmpuan yang dtg dekat dengan dia . . tp bila kita dh dekat dia akan mula menjauhi . . bila kita menjauh die akn mnjadi dri die pda permulaan . . so, be careful dia nie jinak-jinak burung merpati . .

Pelik kan !! yes . . ak sendri admit kdang2 ak pn hampir jatuh dgn genre permainan die . . tp ak mmg dh sematkan dalam hati ak ngan die hnya teman . . even ak dh anggap die lebih dri itu . . tp dhadapan dia ak ttap sperti teman akrab . . tiada perubahan . .

To those yang nk knali insan istimewa ak dipersilakan . . dsitu kau akan mngenali siapa insan bernama Nashrul Fikry . .


7 Wonders of the World~

7 Wonders of the World atau lebih dikenali sebagai 7 keajaiban dunia . . Aku pasti ramai yang tahu mengenainya tapi aku juga pasti tak ramai yang tahu apakah ia . . Erm . . tadi aku ada baca mengenainya so, aku nak share dengan korang semua pasal tuh  . . Tahu x korang yang 7 keajaiban dunia nie akan berubah setiap tahun? Erm . . mungkin ade yang tahu and ade jgak yang xtahu kan . . Today, ak nk share 7 Wonders of the World in 2012 . . yang latest . .


1) Tembok  Besar China


 Pada tahun 1987, Tembok Besar telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia.  Menurut sejarah Tembok besar mulai dibina pada zaman Negara_Negara Berperang lebih 2000 tahun yang lalu, merupakan projek pertahanan pada zaman purba yang paling panjang dan paling besar di dunia.
7 Keajaiban Dunia
Sebelum Maharaja Qinshihuang menyatukan China pada tahun 221 sebelum Masihi, banyak negeri di pelbagai tempat di China telah membina Tembok Besar. Setelah Dinasi Qin ditubuhkan, Tembok Besar di pelbagai negeri dihubungkan menjadi "Tembok Besar" tembok pertama yang sepanjang lebih 5 ribu kilometer. Sehingga Zaman Dinasti Han, Tembok Besar sepanjang 10 ribu kilometer. Tembok besar yang dilawati oleh pelancong kini adalah Tembok Besar yang dibina Pada Zaman Dinasti Ming lebih 700 tahun yang lalu. Lama-kelamaan, kebanyakan Tembok Besar yang dibina pada pelbagai Dinasti tidak utuh. Tetapi, Tembok Besar yang dipelihara dengan agak utuh ialah Tembok Besar yang dibina pada Zaman Dinasti Ming. Ia bermula dari Tembok Gerbang Jiayuguan Provinsi Gansu di barat China, sehingga ke Sungai Yalu di Provinsi Heilungjiang timur laut China, panjangnya lebih 6 ribu kilometer.

2) Kota Petra, Jordan




Petra “batu” dalam bahasa Yunani; bahasa Arab: al-Bitr, adalah sebuah situs arkeologikal di Yordania, terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung membentuk sayap timur Wadi Araba, lembah besar yang berawal dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba.
Petra didirikan enam tahun sebelum Masihi. Ia merupakan ibu kota kerajaan Nabatean.  Nabatean adalah Raja Aretas IV yang membangun kota unik dan ajaib ini. Suku Nabatean membangunkan Kota Petra dengan sistem pengairan yang luar biasa rumitnya. Peradaban itu memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air.Sejarah Petra tidak sejelas 6 keajaiban dunia yang lain. Namun struktur geografinya yang unik menyebabkan Petra menjadi salah satu daripada keajaiban dunia yang telah wujud sejak berkurun lamanya.


3) Piramid Agung Giza, Egypt

Piramid Agung Giza adalah piramid yang tertua dan terbesar dari tiga piramid yang ada di Nekropolis Giza dan  merupakan satu-satunya bangunan yang masih menjadi sebahagian dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dipercayai bahawa piramid ini dibangun sebagai makam untuk firaun dinasti keempat Mesir, Khufu dan dibangun selama lebih dari 20 tahun. Piramid Agung Giza dibina pada sekitar tahun 2560 SM. Piramid ini kadang-kadang disebut sebagai Piramid Khufu.Jika diperhatikan kawasan ini, jelas akan dapat dilihat terdapat satu pelantar atau dataran seluas 2000 meter persegi yang terletak di kawasan ini dalam keadaan tribunal. Bayang-bayang 3 buah piramid ini tidak mengenai satu sama lain. Piramid yang terbesar ialah Cheops, kemudian Chephren dan Micerines. Terdapat juga tiga piramid kecil bersebelahan ketiga-tiga piramid tadi seakan patung berhala bagi piramid-piramid utama tersebut.
Menurut Herodotus, Cheops dan seluruh pemerintah Mesir telah menjadikan hamba abdi sebagai tenaga buruh untuk mengangkut blok-blok batu dari kuari di bawah bukit ke sungai Nil di Aswan. Batu-batu tersebut diangkut menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai Nil. Seramai 100 000 tenaga lelaki dikerah melaksanakan tugas ini termasuk kerja-kerja pemecahan batu, pengangkutan, pengukiran, dan sebagainya. Selama 10 tahun telah diperuntukkan untuk projek ini diselesaikan .


4) Machu Picchu, Peru


Machu Picchu yang bermaksud "Gunung Tua" dalam bahasa Quechua; sering juga disebut "Kota Inca yang hilang" adalah sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas permukaan laut. Machu Picchu berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco.


Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangunkan pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inka. Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat dunia antarabangsa, tetapi tidak oleh masyarakat tempatannya. Tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahliarkeologi dari Universiti Yale yang bernama Hiram Bingham III yang menemukannya kembali pada tahun 1911. 


Sejak itu, Machu Picchu menjadi bahan pelancongan berasaskan sejarah yang menarik bagi para pelancong tempatan mahupun asing.


Machu Picchu dibangun dengan gaya Inka kuno dengan batu tembok berpelitur. Bangunan utamanya adalah Intihuatana, Kuil Matahari, dan Ruangan Tiga Jendela. Tempat-tempat ini disebut sebagai Distrik Sakral dari Machu Picchu.
Tapak sejarah tersebut telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1983, Machu Picchu juga merupakan salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia baharu yang diumumkan oleh New 7 Wonders of The World Votes Comitte, juga mendapatkan perhatian akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh para pelancong (jumlah pengunjung mencapai 400,000 pada tahun 2003). Pada bulan September tahun 2007. Peru melakukan usaha-usaha legal atau perundangan dengan hasil tercapainya sebuah persetujuan dengan Universiti Yale untuk mengambil kembali artifak-artifak yang pernah dibawa oleh Bingham dari tapak sejarah tersebut pada awal abad ke-20.

5)Chichen Itza, Mexico


Candi Chichen Itza merupakan peninggalan arkeologi suku Maya yang paling lengkap serta masih dipelihara dengan baik. Peradaban Maya ini telah terpilih sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia hasil pilihan 100 juta orang via email dan sms (layanan pesanan ringkas) yang diadakan oleh Swiss Foundation.
Menurut buku budaya suku Maya dari Chilam Balam, kompleks candi ini dibangun antara tahun 502-522 Masihi. Suku Maya hanya menetap selama 200 tahun, kemudian mereka berpindah ke daerah pantai di Campeche. Namun versi lain mengatakan, Chichen Itza dibangun sekitar 800 tahun sebelum masihi. Piramid Kukulcan di kompleks tempat bersejarah ini dipercayai sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi peradaban bangsa Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan (kini wilayah Mexico). Itza merupakan pusat kepada kompleks bangunan lain seperti Piramida Kukulcan, Candi Chac Mool, dan bangunan Seribu Tiang.


Sejarah menceritakan, Chichen Itza merupakan simbol pemujaan dan ilmu pengetahuan. Chichen Itza didirikan raja suku Toltec bernama Quetzalcoatl yang datang ke Semenanjung Yukatan bersama pasukannya. Saat itu suku Maya sudah berada di daerah tersebut, kemudian bersama-sama suku Toltec, mereka membangunkan pelbagai kuil yang menyerupai piramid. Dengan demikian, Chichen Itza merupakan campuran kebudayaan Toltec dan Maya.

6) Colloseum, Italy



Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom.

Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.Colosseum digunakan sehingga tahun 217, meskipun telah rosak akibat kebakaran kerana disambar petir.
Colosseum telah dibaiki pada tahun 238 dan menjadi tempat pertunjukan gladiator sehingga ia secara beransur-ansur dihentikan.

Bangunan ini kemudian digunakan untuk menyimpan perbagai jenis binatang sehingga tahun 524. Dua gempa bumi yang berlaku pada tahun 442 dan 508 menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan tersebut. Semasa Zaman pertengahan, Colosseum mengalami kerosakan yang lebih teruk sekali lagi disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 847 dan 1349. Banyak batu marmar digunakan untuk melapisi dan membangun kembali bahagian-bahagian Colosseum yang telah rosak karena terbakar.


Pada abad 16 dan 17, keluarga-keluarga Roman menggunakan Colosseum sebagai tempat pengambilan batu marmar untuk pembinaan bangunan Basilika St. Peter dan kediaman khusus palazzi, keluarga Roman. Di tahun 1749, ada sebuah bentuk dari pemeliharaan Colosseum. Paus Benedict XIV melarang untuk menggunakan Colosseum sebagai tempat perlombongan. Di tahun 2000 ada sebuah protes keras di Itali dalam rangka menentang penggunaan hukuman mati untuk negara-negara di seluruh dunia (di Itali, hukuman mati dihapuskan pada tahun 1948). Beberapa tunjuk perasaan memakai tempat di depan Colosseum. Sejak saat itu, sebagai sebuah isyarat menentang hukuman mati tersebut, penduduk tempatan mengganti warna Colosseum di malam hari dari putih menjadi emas dengan menggunakan penerangan berupa lilin dan lampu neon sampai pada saat di mana seluruh dunia menghapuskan tindakan penghukuman mati itu.

7) Taj Mahal, Agra




Taj Mahal (Bahasa Hindi: ताज महल )yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Seni bina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri .
Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'Permata Senibina Islam'.
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kepentingan memperluaskan tanah jajahannya.

Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya. Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya.

Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah.

Selain itu, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.




Taj Mahal - Monumen Cinta 2 Manusia~

Kisah cinta   
Menyoroti detik awal kisah cinta antara seorang Maharaja Mogul dan anak seorang bangsawan...


Putera Khurram (Shah Jahan) mula jatuh cinta terhadap kecantikan Arjumand Banu Begum (Mumtaz Mahal) pada saat pertama kali bertemu. Hasrat memperisterikan Arjumand yang ketika itu berusia 14 tahun hanya termakbul lima tahun kemudian. Melihatkan watak dan penampilan Arjumand yang dikatakan melebihi wanita lain, Arjumand dianugerahkan nama Mumtaz Mahal yang bermaksud wanita terpilih.   

Walaupun menjadi isteri ketiga, Mumtaz merupakan isteri kesayangan yang sentiasa berada di sisi suaminya. Beliau turut bertindak sebagai pemberi nasihat, sokongan, cinta, keselesaan dan dikatakan model isteri sempurna yang memberi inspirasi kepada Shah Jahan sepanjang 19 tahun usia perkahwinan mereka.



Mumtaz Mahal menghembuskan nafas terakhir kerika melahirkan anak ke-14 yang diberi nama Gauhara Begum dan disemadikan di Burhanpur selama 23 tahun sebelum berpindah ke Taj Mahal.



Taj Mahal : Monumen Cinta 2 Manusia



Kecantikan pelakon Aishwarya Rai dikatakan seperti Mumtaz Mahal.

8 Perkara Menarik Tentang Lelaki~

sinchan+cute 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Mesti Tahu !

Assalamualaikum dan Salam 1Blogger Pulak ( Asyik2 1Malaysia je ). Oklah, Aku cume nak buat entry ringkas2 jer, tak nak buat panjang2. Aku tahu korang tak suke baca panjang2 kan? Betol tak. Pokoknya aku tengah capek bangat nih. Capek? Capek tu bermaksud letih dalam bahasa kuno melayu (Malaysia).  So, nikmatilah entry ringkas yang tak seberapa nie yea. Ad bbrapa perkara menarik tentang llaki yang girls mcm kita nie perlu taw . .

1.Lelaki tidak detail dalam percakapan  

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what’s his comment dier just cakap: “Mm..dah nak putus nak wat camne…” Hahah~ Biasalah lelaki tak nak keruhkan lagi keadaan. Dorang cool jer..Haha. Tak nak ambil port sangat ! lagipon, Lelaki lebih suka simple2 jer dalam percakapan, tak macam perempuan kan?

Lelaki+tidak+detail+dlm+percakapan 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Mesti Tahu !

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi 

Lelaki memang sanggup berjaga malam demi hobi yang digemari. Macam akulah, sanggup berjaga demi blog nie. Sebab ni hobi aku ! Haha~ Tp ak nieyh pmpuan. . Korang macam mane?Sanggupkah.. ( Hope my Kiekiey xmcam nieyh)


Lelaki+tahan+berjaga+sepanjang+malam+demi+hobi 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Mesti Tahu !

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta. 

Inilah koleksi kereta kontrol kawan aku, huh! die minat dowh dengan kereta kontrol nie. Siap maen drift lagi dekat trek depan stadium wOo~Banyak lagi kot barang elektronik dwang nieyh tp maleh ak nk amek . . semak jew . . haha~

 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Mesti Tahu !

Pinjam Pic keyh~haha

4. Lelaki jarang muncul dengan jambak bunga. 

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero muncul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh! Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan orang lelaki laa kan. Betul kn.( mmg xromantik seyh orng llki nieyh)

Lelaki+jarang+muncul+dengan+jambang+bunga. 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Mesti Tahu !


5. Lelaki tidak bergosip 

 Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas perempuan dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

Lelaki+tidak+bergosip 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Mesti Tahu !

6. Lelaki selalu mengagungkan IBU mereka.  

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.  (So, girls jgnlah jeles kalau die xrasakan krang seperti their mom keyh . . n pasnie kita agungkn plak AYAH kite kat dwang . . wahahah~)

Lelaki+selalu+mengaggungkan+IBU+mereka. 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Mesti Tahu !

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!  

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada kalau2 bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengira kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka. (Poyooo~)


Lelaki+sanggup+menyimpan+semua+edisi+Terhad+komik%252C+cd%252C+jeans%252C+jam+tangan+dan+apa+saja%2521 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Mesti Tahu !


8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya. 

Hahah~ Betul2..aku setuju, Tapi kalau kekasih dwang yg pakai macam tu, dwang akn tegur dan nasihat dia. kalau nak pakai macam tu juga. JOM KAHWIN NAK? Hahahah. (nieyh yang llki spesis syang awek not men2 kan awek)

Lelaki+Senang+melihat+wanita+memakai+skirt+pendek%2528mini+skirt%2529 asalkan+bukan+kekasihnya. 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Mesti Tahu !

Koleksi Harry Potter Saya~

Semua orang dalam dunia nieyh memiliki barang yang mempunyai nilai sentimental yang xdapat dilupakan. . Macam Kiekiey die sayang nk buang game2 n vidoe2 yang die download . . sampaikan sanggup beli external untuk simpan . . ak pn ade jgak bbrapa barang yang ak sgt sayang nk buang . . mungkin bnda nieyh byak menyimpan kenangan bagi ak . . Ada 1 brang yang sangat berharga bagi ak  . .

Koleksi Harry Potter



Actually ak byak sgt koleksi barang Harry Potter yang ak syang sgt nk buang . . even pencil gambar Harry Potter pn ak simpan . . aptah lagi buku2 die en . . mmg xlah ak nk buang mcm tuh jew . . hehe . . bagi ak Harry Potter adalah dunia imaginasi ak . . walaupn orang cakap ak nieyh giler simpan bnda mcm budak2 . . tp ak xksah pn.

Dulu, masa kecik2 ak nieyh fanatik giler . . smpaikan ak sanggup berhabis duet untuk kumpul brang2 macam tuh . . giler kan . . mse skolah menengah ak dgn Myrra mmg akn jdik histeria kalau bab Harry Potter . . Kalaulah ade contest Harry Potter ak rasa ak mungkin antara calon berpotensi untuk menang contest giler macam tuh . . hahaha~

Semua orang tau en siri Harry Potter . .

  • Harry Potter and Philosopher's Stone
  • Harry Potter and The Chamber of Secret
  • Harry Potter and The Prisoner of Azkaban
  • Harry Potter and The Goblet of Fire
  • Harry Potter and The Order of Phoenix
  • Harry Potter and The Half-blood Prince
  • Harry Potter and The Deathly Hollows

Siri2 nieyh sumenyer ak dh tgok dah khatam . . haha . . kalau korang xcaye soal lah ak . . Insya Allah aku akn berikan penerangan macam nk jawab soalan exam . . hehe

Selain tuh ak nieyh minat gak laen2 movie . . mcm Lord Of The Rings and Merlin . . tp ak xsefanatik Harry Potter . . then, lagi satu genre movie yang ak ske tgok sumenyer berkaitan fantasi melampau  . . entahlah agaknyer ak nie mmpnyai imaginasi terlampau kowt . . haha



Lord Of The Rings ( Lord Araghorn)


Merlin
(Guinevere, Lady Morgana, Gaius, Merlin/Emerys,  Prince Arthur Pendragon, King Uther)

Oklah ak rasa nie jelah stry ok kli nieyh DLK . . nak cter psal khidupan seharian macam boring jew . . mana xnyer makan, tdow, on9, tgok tv then tdow blik . . mcm gampang jew . . yang pasti malam nieyh ak nk tepon Kiekiey !! hoyeeehhhh !! kbye =,='




10 Tanda Dia Jodoh Kita~

1. Gunakan Seluruh Pancaindera  

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?  Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.  Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.    

 2. Bersahaja  

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.  Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.     

3. Senang Bersama  

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.  Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.    

4. Terima Kita Seadanya  

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.  Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.  Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.     

5. Sentiasa Jujur  

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.  Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.  Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.     

6. Percaya Mempercayai  

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.  Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.  Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.     

7. Senang Bekerjasama  

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.  Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.  Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?     

8. Memahami Diri Kita  

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.  Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.  Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.  Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.     

9. Tampilkan Kelemahan  

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.  Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.  Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.  Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.     

10. Kata Hati  

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.  Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.  Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

3 Tempat Paling Romantik di Dunia

1) Venice, Italy


Venice merupakan the Most Romantic Place in the World !! . . Ramai yang menganggap Paris adalah tempat pling romantik di dunia . . tp kajian menunjukkan Venice mnjadi tarikan utama berbanding Paris

Apa yang menarik di Venice ??

Walaupun Vinice tdak sehebat Rome yang memiliki tempat-tempat yang banyak untuk dilawati. Venice mmpunyai bbrapa keistimewaan tersendiri yang mnjadikannya tempat paling romantik di dunia.

Menurut Catatan Kembara  . . Venice terkenal dengan byak jolokan "The City of Romance" "The City of Light" "Kota Jambatan" "La Dominante" dan "The Floating City". . Venice mnarik perhatian pengunjung dengan laluan airnya sbagai jalan utama penduduk di sini . . Terdapat bbrapa mercu kemegahan Venice yang menarik pelancong dunia untuk mnghayatinya antaranya;-
  • Gondola- Gondola mnjadi mercu kpada keindahan Venice, selain itu gondola juga menjadi pengangkutan kpda penduduk Venice 
  • Saint Mark's basilica-Merupakan bangunan yang menyamai rekaan Moorish di Turkey. Ia merupakan bangunan lama yang di bina oleh kerajaan byzantium
  • Santa Maria Della Salute-Salah satu gereja yang terletak di Dorsoduro Sestiere 
  • Doge's Palace-Istana yang dibina pada kurun ke 10 yang pernah didiami oleh Doge Angelo Partecipazio. Kini, menjadi antara 11 muzium yang diselenggara oleh Fondazione Musei Civici
Hanya ini sahaja maklumat berkaitan Venice yang saya dapat. Pada mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Venice mungkin mmpunyai cerita yang lebih byak mengenai Venice. Walaupun begitu, maklumat ini cukup membuktikan betapa indahnya Venice


2) Paris, France


Tidak hairan mengapa Paris diletakkan sebagai tempat kedua tempat pling romantik di dunia . . Ini kerana Paris merupakan tempt g mnjadi plihan bg mereka yang ingin menghabiskan masa bersama orng tercinta   . .

Dunia Paris . .

menjadi ibu negara Perancis . . Paris terkenal dengan keindahan Eiffel Tower yang sgt mempersonakan . . Menurut sumber . . Eiffel Tower berketinggian 300 kaki . . Sekiranya kita berjalan di malam hari, kita akan merasakn seolah-olah bermain mata dengan lampu-lampu yang ada di sana . . stu pandgan spectacular yg sngt mngagumkan . .

Selain itu, terdapat juga Museum Louvre yang menyimpan byak karya-karya seni sperti lukisan agung Mona Lisa yg di hasilkan oleh Leonardo Da Vincci . . Karya agung ini menjdi misteri dan mencetuskan bnyak kontroversi yg hnya mmpu di ungkap oleh Da Vincci sendri . .

Untuk mereka yang sgt gemar berfashion, sdah semestinya Paris menjadi gedung syurga bg mereka . . memiliki bbrapa jenama gah sperti Hermes, LV dan Chanel . . sdah ckup mmbuktikan Paris adalah syurga dunia bg seorang wanita . .

3) Rome, Italy


Tidak dinafikan Italy mendominasi tempat pling romantis di dunia . . Rome juga tdak terkecuali menjadi tempat tumpuan pelancong selain Venice.

Rome dulu dan sekarang . .

Rome suatu masa dhulu menjdi pncak kkuasaan dunia . . suatu ketika, Rome memiliki seorang Raja yg sgt hebat iaitu Alexander The Great yg senntiasa diingati dan mnjdi icon bg penduduk Rome . .

Kini, Rome tdak tertumpu kpda kuasa terkuat dunia, malah menzahirkan keindahan ngaranya yg slama ini hnya dilihat melalui sdut pperangan . .

Walaupun kekuasaan Rome tdak sehebat dahulu, namun, byak tempat2 yang dhulunya mnjdi pusat pentadbiran ngra mnjdi tempat tarikan pelancong dunia. Antaranya:-
  • Colloseum-Gladiator yang di bina oleh Vespasion untuk menjadi arena pertarungan suatu ketika dahulu. Ia mnjdi pencetus kepada Sukan Olimpik yang diilham dripada pembinaan Colloseum itu sendiri
  • Trevi Fountain- menurut kisah Trevi Fountain ini digunakan sevagai medium untuk orang Rome mnyatakan hajat melalui balingan coin syiling. Terdapat bbrapa teknik balingan coin untuk mnyatakan hajat sseorang contohnya coin pertama untuk cinta, coin kedua untuk berkahwin dan coin ketiga untuk bercerai. (Tiada maklumat lanjut kerana cara ini adalah haram bagi umat Islam)
  • Pantheon-Menurut kamus Pantheon bermaksud Rumah Semua Dewa. Ini merupakan tempat penyembahan kepada dewa-dewa Romawi
  • Piazza Navona-Lokasi di Stadion Domitianus, tempat ini menjadi tempat golongan Romawi menonton Agone (Permainan). Secara tidak langsung ini, merupakan tempat berpesta bg golongan Romawi.
  • Vatican City-Merupakan tempat tinggal Paus atau Wilayah Takhta Suci
  • Via Veneto-Via Veneto merupakan jalan paling terkenal dan termahal di Rome,Italy.
  • The Arch of Constantine-Meruapakan bangunan kemenangan Constantine. Ia dibina bagi memperingati kemenangan Constantinus 1 ke atas Maxentius ketika peperangan Jambatan Milvian



Cuti-Cuti Semester~

Today, my life back to normal again . . Alhamdulillah nmpknyer DLK akan mula kmbali kpda biasa . . smlam ak dh hbis paper FAR250 . . mka scra rasmi tamatlah khidupan ak sbgai seorng siswi sem 4 . . doaku hnya smua pper yg dh djawab akan beroleh kptusan yg cemerlang . . Aminn . .

Cerita ak rsenyer berkisar pada khidupan harian msa cuti mungkin . . First of all, ak akn hbiskan msa bercuti ku dgn berehat di rumah . . bkan ap mnggu nieyh Izzah xblik Sepang lagi . . so, mcm mne ktrang nk crik kje kan . . haha . .

Ak kmungkinan akn blik Kedah . . skjap jew around a week mybe . . after that, wat part time kat mne I'm not sure yet . . but the most things with Izzah Arifah Abd Rahman . . hehe . . ak harap kjenyer xdlah struggle sgt . . ak nieyh hnya mmnuhi Frictional Unemployment jew . . ini mnurut kta Macroeconomics . . haha

Kiekiey . . erm sjak kvlakangan nieyh ak mkin jrang contact die . . ak taw die sgt bzy . . bler ade mse ktrang akn borak2 . . bkan ap . .rsenyer itu yg lebih baek . . xnklah kcau die sgt . . minggu nieyh die posting pagi . . so mmg akn bgun awal dh tdur awal . . itu sdah pasti . . bg seorng llaki mmg mnjdi kssahan untuk bgun pagi . . al-maklumlah llaki kan . . hehe

Nmpknyer ade 3 skawan yg mula bercuti . . ak, Izzah and Idie . . haa . . heavennyer . . so snglah klu nk outing . . just tunggu Neya blik Perak n kluarlah outing sme2 . .

Mungkin after this agak pyahlah skit . . mklumlah sme kwan ak nieyh dh berpunya . . Izzah dgn Arm, Idie dgn Megat, Neya ngan Ajir . . hurm ak swanglah single . . tp xplah ak xnk pkirkannya skrang . . Kesan smlam tuh msih bersisa lagi . .

Ak still ada kwan2 . . ak ade Kiekiey, ak ad Adam . . ak ad mereka bertiga . . even dwang dh berpnya tp dwang still syang ak . . mcm ak syang dwang . . xda ape pn yg berubah . . Keutamaan ak skrang adlah mnuntut ilmu . . Insya Allah . . ak akn berjumpa dgn sseorang jgak . . doakan ak keh DLK . .

DLK rsenyer ak dh mkin jrang mngupload crta dgn kaw kan . . sian kaw . .mesti xbyak pembaharuan . . huhu . . xpew 2 blan nieyh ak akn mnjdi kaw . . n kaw mnjdi ak smula . .

Oklah byak dh asenyer luahan, tinta untuk hari2 cti nieyh . . Out dlu~ Sekian . .




Cerita Hari Lalu~

Pertama kali izinknku mngucap bismillahirahmanirrahim . .
Assalamualaikum teman, ampun dn maaf krana lama tdak mnulis tinta untukmu . . kbelakangan ini ak sgt sbuk dgn final dan aktiviti UMNO . . bkan apa . . masa seakan mncemburuiku untuk berkarya . . Insya Allah cti ini akn kmbali pda biasa . .

 

Cerita ku bermula pda hari sabtu, erm apa yer ?? haha ak pgi mesyuarat PPK kat Sg. Merab . . erm . . mesyuarat nieyh sbenarnyer mnyatukan ahli keluarga jew . . bkan ap . . yelah msing2 sdah mmpunyai khdupan sndri . . jdi msa seakan tiada untuk bersama  . .Lepas tiada ape yg istimewa mlainkan dpat duet RM 50!! haha . . tue ak ske . . duet2 . . rsenyer hri nieyh . . nie jew crtanya . . mlainkan tlong mak msak Mee Kari untuk mesyuarat tuh . .

 

 

Cerita Ahad . . haaa hari nieyh mmg sgt2 best . . knpe?? ak pergi jdik antra urusetia Nurani Rakyat bersama PM . . sronok weyh . . kaw nk taw . . smgat gler ak bersorak untuk PM . . rmai yg dtg . . lebih kurang 20,000 org lbeyh kurang . . Antra aktiviti yg ak sempat buat . . bergambar dgn Zul Huzaimi . . tp rsenyer pic blom diupload lagi . . haha . .then adelah ak wat aktiviti bersama rakan2 sperjuangan . .then ade gak aw cbutan bertuah, mak ak dpat DAPUR masak uw . . ske hati die . .

 

 

 

 

Sbelah ptg, Najib dtg . . mmg meriah . . smpi skit2 tekak ak mnyanyi lagu 1 Malaysia . . mmg ktrang rse sgt bersemangat sgt . . mne xnyer PM dpan mata . . trse perjuangan kami tdak sia2 . . moga Selangor kmbali mnjdi milik kami . . 1 Malaysia . . haha . . mse nieyh ade gak jmpe kwan2 lame . . sronok tgok dwang bersama berjuang untuk ngara . . seronok sgt . . truskan perjuangan teman . .

 

 

 

 

 

 

 

 

Errmm, mse nk blik uw ade gaklah insiden yg xberapa nk best . . ape?? ermm . . bdak hilang . . haish syesz . . kelam kabut dibuatnya . .sme trut mmbntu . . Kak Rina, Abg Ipin, En. Shahrum n rmai lagilah . . terima ksih . . bdak tuh rupanya ade dlm bas . . haish . . wat suspens jew . . cuak aw . . tp xplah nie stu pngorbanan puteri untuk rakyat . . kmi xberada dgn rakyat time senang jew . . tp time ssah gak . . kmi ade bersama . .

Hari isnin, xda crta . . hnya stdy tuk MAF 280 . . cuak gler pper nieyh . . krang stdy . . mmg msalah lah en . . nk jwab mcm mne . . xplah . . blajar slagi terdaya . . belah ptang plak ak ikut member blik gi mkan McD . . terbang duet ak blnjer dwang . . haha . . RM 44 rgt oww . . alahai . . pasnieyh xnk ak blnjer dah lah . . dwang nieyh xmkan saman . . hehe . . ape un yg dh jdik tuh oke jew . . ak pown crik tdung kat mak . . tdung merah UMNO . . die kte dh cda tdung nk pkai dh . . yelah mak . . mmg ak ske mncrik tuk mak nieyh . . hehehe . . mlam uw, ak tdow umah wawa . . ak tdow pkul 3 pg . . stdy smpi pkul 12 mlm . . then cter hantu smpin 3 pg . . dasyat en dwang . . mmg skolah ak tuh haunted . . nk wat mcm mne en . . famous gler . . crta hantu . .hehe . . sian bdak2 nieyh xdpat tdow . . hehe


 

 

Selasa plak, Exam MAF 280 . . Ya Allah ssah gler . . ak mmg rse nk kna histeria tgok pper tuh . . sgt2 ssah . . syesz ak rsau ngan kputusan . . ak xnk repeat pper tuh . . sdeyh weyh . . Ya Allah . . tlonglah jgn repeat pper exam . . especially MAF n FAR . . ptg uw ak tpon mak . . mak swuh blik . . so ak dcide nk blik pg esok . . hehe . . ak byak hbiskan masa ngan tdow . . syesz smlam tcing gak . . smpi hati dwang tggalkan ak . .xgtawu pown sme nk kluar tggal ak swang2 . .

 


Pg nieyh, ak blik Sepang, ak blik xkjutkan spe2 un . . lantak kwang, ak sgt2 sdeyh . .erm bkan ape dwang nieyh mcm plukan ak bler xda duet jew . . kawan ape mcm nieyh . . sumpah sdikit tacing . .

 

Kiekiey?? knpe ak xda cter psal Kiekiey?? enthlah DLK ak rse sdeyh sgt . . ak rse mnyimpan prasaan kat die mcm mnempah maut kat hati sndri . . die kte lgi bek ak xtpon die . . Ya Allah sdeyh sgt . . smalam ak xtpon pn die  . . biarlah die . . ak lteyh . . die langsung xpndi jga hati ak . . mlah krap mngcwakan . .smpi bler ak kna sbar . . ermmm entahlah . . .

 

Oklah DLK sekian shj tinta ak kali ini . . SALAM . .

up