Selamat Tinggal Impian . .

Assalamualaikum DLK . .
i'm starting my gloomy life again . . Ya Allah . .kuatkan lah hati ini . . DLK for the first time in my life, Aie rasakan Aie sangat gila sbb meletakkan harapan pada orang yang salah . . Maafkan Aie DLK, Kiekiey bukan untuk Aie . . dan dia akan kekal selamanya sbgai kawan . . DLK . .  tolong Aie . .  Aie tak kuat nak ulangi perasaan nie skali lagi . .

DLK . . kerana Kiekiey Aie trus menulis . . dan kerana Kiekiey, Aie berjanji Aie xkan berhenti menulis . . Aie tahu berat untuk Aie teruskan blog nie, sbb ia hanya ada kenangan Aie dan Kiekiey . . Walau mcam mana pun, Aie akan terus menulis sbgai diri Aie . .

DLK . . Aie harap DLK akan temani Aie mcm mana DLK bersama Aie untuk tempoh sebelum nie . . dulu, Aie meletakkan harapan . . tulisan Aie hanya satu impian . . tp mulai hari nie, tiada Kiekiey untuk Aie . . Aie xpernah buang dia . . sbb dia xpernah sakiti Aie . .

Mungkin kali nie, berat untuk Aie mengharunginya skali lagi . . kerana Kiekiey bukan Ery . . Kiekiey xpernah sakiti Aie mcm mana Ery sakiti Aie . .

DLK doakan Aie untuk terus menyayangi insan ini, kerana Aie dah berjanji meletakkan dia yang terakhir dalam hidup Aie . .

Sekian, Wassalam . .

Selamat Tinggal

Assalamualaikum DLK . . 
Pagi-pagi lagi dah menghadap awak kan . . haha kita bukan ape kita nak ucap kan selamat tinggal . . Selamat tinggal ape?? selamat tinggal SEMESTER 5 . . Alhamdulillah syukur derita Sem 5 berakhir juga akhirnya . .

Sepanjang Sem 5 nie, mcm2 peristiwa yang berlaku, Sem 5 nie penuh dugaan, penuh cabaran, penuh juga dengan gelak-tawa . . sekejapkan masa berlalu . . HAAA~ entahlah, 

Sebenarnya Aie nak berkongsi satu cerita juga, bukan ape, cuma sekadar menyedapkan hati . . hehe . . DLK now stand for DIA LAH KIEKIEY . . hahaha kelakar bila empunya diri buat kenyataan macam nie, tp  dia kata, jgan panggil dia DLK . . OMG . . of course lah, agak mcm couple plak kalu panggil cam tuh kan . .
Lagi satu, DAYU, KIKI . . die suruh guna nama nie, sbb cukup 4 huruf sama mcm dia . .

Hahaha lawaklah dia nie, gurauan kau nie mmg pelik taw x . . tapi comel di mata Aie . . Ape pun KIKI, DAYU doakan KIKI berjaya dalam hidup . . Amiinn . .



Heh?? Urm back to our topic, Aie jugak nak ucapkan selamat bercuti dekat kawan-kawan . . Aie belum boleh balik lagi . . ade SKM yang menanti, xpelah pengorbanan sikit . . Aie dah Sem 5, dah nak habis pun, harap paper LAW346,FAR300,MAF280,MKT243,bEL313 and TAX320 dapat kejayaan yang cemerlang . .Insya Allah

Sekian, DLK 


Anak ke-2 (Kiekiey & Adam)

Assalamualaikum . . DLK hari nie Aie terjumpa post nie taw . . Cerita mengenai anak ke-2 knpa anak kedua?? Hehe Aie ade ramai teman yang merupakan anak ke 2 . . 
First, Nashrul Fikry(Kiekiey) second, Huzaifah Fezari (Adam) 2 lelaki ini sangat istimewa, sahabat2 ni sangat istimewa pada Aie .

Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini...

ANAK MANJA EMAK ♥


sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^. 
(2 2 sahabat Aie mmg mcm nie, Kiekiey kalau balik die akan cakap, "Aku nak balik sebab nak jmpa mak aku jer. . HAHA", Adam plak kalau outing, "cpatlah kita balik, mak aku rindu nak dodoi aku tuh")

ANAK DEGIL

Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ . . hehekemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

(Hurmm . . yang nie aku xpasti kalu sekarang, tapi masa kecik2 mmg yer . . Kalau Kiekiey siap kena rotan lagi kat kaki dengan getah paip, Adam plak kalau A mmg xkan jadik C lah jwabnya . . Sabar jelah . .HAHA)

TAK PANDAI PUJUK

memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)
(Ini Aie pasti . . 2 2 mmg xreti pjuk perempuan . . HAHA)

BERCINTA

dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D
(Part nie, 2 2 dulu mmg player, 
bukanlah player cm ner, gatal nak test market . . tpi bila mereka dah jmpa orang yang btul2 sayang, dorang sangat loyal . .)

HITAM / PUTIH

Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.
(Mmg certain situasi mcm nie, tpi my friends still boleh terima idea or pandangan yang lebih baek dari orang lain)

HATI

Anak no 2 ni juga nampak aje 
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.
(2 2 mmg mood mcm sengal, kalu ok  . . okelah kalau x . . xpyah nk berangan akan oke . . tp sekejap jew drang nie mood xbaik tuh)

BERDIKARI

Very independent.memang betul.tp kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care.
(haha nie mmg btul, Kiekiey amek SPA sbb xnk susahkan mak ayah dia, Adam plak, kerja mcm xda hari esok sbb nk continue study)

ARAHAN

Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
(Tak kot . . mmg dorang xdgar ckap sgt, tpi kalau yang melibatkan kepentingan bersama mereka OK jer)

PEMAAF & CARING

tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
(Sumpah ini xmampu Aie nafikan, sifat nie membuatkan Aie sangat menyayangi dorang . . Sumpah sangat2 sayang . . Especially Kiekiey coz dia bukan orang yang dulunya terlalu rapat dengan Aie, tpi hnya satu insiden, kami sangat akrab . . Adam mmg dari kecik kami kenal . . so, dia umpama abg untuk Aie . .)


PAKAIAN


Nak semua up to date. semua nak kemas .(Dorang 2 2 simple, ape yang boleh, selesa suma oke)


Nie lah kisah 2 lelaki yang merupakan anak ke-2 dalam keluarga . . Ape pun I love both of you so much . . Thanksz sbb menjadi sahabat yang sangat istimewa untuk Aie . .



KIEKIEY


ADAM

Ke Mana saja . .

Assalamualaikum DLK . .
Cerita lepas Aie ada bercerita pengalaman Aie ngan my other mate pg Tangkak . . dipendekkan cerita kami pergi Ledang . .

Hari nie Aie bercerita lagi sekali mngenai pengalaman Aie pergi ke tempat yang sama dengan orang yang berbeza . .  Alhamdulillah hanya memerlukan perancangan 5 minit destinasi Johor sekali lagi menjadi pilihan kami . . Tak tahulah Aie kenapa mesti Johor . . Mungkin keunikan Johor menjadi sebab kami ke sana . .

Mengikut perancangan awal . . kami hanya ingin ke Melaka .  nak lepak'ing dekat rumah Jannah . . tapi lain pulak yang jadi . . hehe . . xpelah janji ade keseronokkan menemani kami . . haha  . .

First of all, kami pergi rumah Jannah . . kami makan tengah hari . . haha . . Driver aka M.E jew time tuh yang dah makan . . so xdalah makan kat umah dia . . then, kami gerak dari rumah Jannah pkul 3 ptg  . . Nampak lewat kan, tapi kami tak kesah pun sebenarnya . . HAHA

Kami semua sampai dekat Tangkak pukul 4 ptg . . lepas isi minyak kereta, lepas itu, ini dan sebagainya . . paling mencabar kami terpaksa mengharungi hujan yang lebat di sepanjang perjalanan . . Risaunya . . tapi Insya Allah semua akan berakhir dengan baik . . Aie pasti . .

Dah sampai dekat sane, kami cari port . . Actually ade cerita menarik kat sana, Aie xperasan ade orang kat dalam pondok tuh . . Demi Allah x terlintas nk tengok pondok tuh langsung . . So, Aie bawak jew kereta . . sekali ade kepala yang keluar dari pondok tuh . . rupanya kami kena bayar caj masuk dulu . . HAHA . . Aie rasa mesti orang tuh kata kami nie sengal . . tp itulah keseronokkan yang kami rasa . . hahaha

Masa mandi, jangan ceritalah mmg lawak sangat, dengan aksi kuak lentang, kuak katak (eh ade ke?) renang berirama, slot cerita P.RAMLEE ( mari kita ke ladang) pun msuk sekali . . haha . . mmg seronok . .


Paling meriah maggi yang xseberapa tuh dah umpama steamboat kami rasa . . sangat sedap . . haha berkat air tangan Aie,Arda n Jannah . . sumanya berhasil . . Alhamdulillah . . smpai licin periuk tuh . .HAHA






Then, after makan continue lak dengan mcm2 stunt dari kami . . kat sini Aie nak sertakan sedikit video untuk korang . . 


masa nak pergi nie . . 


dah sampai dah . . nak nek gunung dah nie JOM !!


Acara siram-menyiram


Renang xda irama


Olimpik Dunia Tarzan wanita

Hahaha gila kan kami . . tp ape pun janji kami bahagia . . Tarzan pun ade kan . . huhu . . Mesti korang pelik kan kenapa ade 2 tempat yang berbeza . . Actually kami ada 2 tempat . . Mula2 yang korang tengok aksi renang berirama semua tuh . . then lagi satu tempat, dekat mana kami buat aksi Tarzan versi perempuan . .

Lepas pkul 7.00 ptg kami gerak blik dari Tangkak . . yang paling best kami jew yang tinggal dekat sana . . orang semua dah blik dah . . haha . .

Mcam biasa kami guna highway . . blik jew dari Melaka kami singgah umah Jannah . . kami dinner kat sini, sedap mak dia masak . . thanksz mak cik . . Ah, lupa plak !! . . bfre that, kami sempat singgah beli MAGNUM CHOCOLATE TRUFFLE !! . . later, kat rumah Jannah jugak kami belajar nek kereta . . Aie jdik Cikgu Driving School . . haha msa nielah Aie dapat incoming call dari sahabat lama . . Alhamdulillah bertemu juga akhirnya . . Aie terus telefon Kiekiey . . die pun tumpang happy untuk kami . .

Malam nie Aie xdpat spent time sangat dengan kiekiey, die pun sbuk nak posting ke Kuala Kangsar . . xpelah janji kami bhgia kan . . HAHA . . Tpi kami sempat berboraklah sambil2 jadik driving school teacher . . Even xda gambar kenangan . . Aie saksikan byak kegembiraan di wajah sahabat . . My happiness is only watching u guys happiness sahabat  . . Aie kluar untuk berseronok dengan mereka . . tnpa mereka I'm nothing . .

Masa belajar nielah Aie tgok semua bersungguh-sungguh nak belajar . . bgusnya sahabat2 nie . . dwang focus nk jadik pandai . . di sebabkan itu dwang cepat belajar . . Tahniah !!

Pkul 12.30 malam kami gerak dari umah Jannah, singgah beli burger, pergi Tampin . . bru blik A'Famosa . .
Cerita xhabis dekat sini jew, kami kongsi byak kebahagiaan lagi di rumah 701~

TERIMA KASIH TEMAN . . terima kasih atas kebahagiaan kalian . . Salam sayang Aie dan DLK

Wedding Fadzli and Tiffany Ten~ Cinta 2 bangsa

Assalamualaikum, Moshi2 . . 
Alhamdulillah setelah sekian lama tak bercerita dengan DLK. Hari nie satu post baru mennti . . Alhamdulillah 14 October 2012 menjadi saksi berlangsungnya perkahwinan my cousin Mohd Fadzli and Tiffany Ten . . setelah sekian lama mempertahankan cinta kerana perbezaan agama . . Akhirnya mereka bersatu juga . . Sesungguhnya Allah akan tunaikan permintaan hambanya yang selalu bersabar . . Tahniah Abg Pali . .


Actually majlisnya telah dilangsungkan dahulu disebelah perempuan . . Aie xtawu meriah ke x di sebelah sana . . sbb hnya my parents jew yg attend . . walaubagaimanapun, Aie yakin kebahagiaan mesti bersama pengantin.


Mcam mane yer Aie nak mulakan . . hehe xpe lah Aie mulakan dengan perjalanan di sebelah petang . . sebelah petang hanya dihadiri sanak-saudara terdekat . . maklumlah kami perlukan persiapan yang sangat rapi disebabkan tetamu yang hadir terdiri daripada ahli2 politik,rakan perniagaan, n of course saudara mara and our new family Keluarga Dato' Ten . . 

Time nie kami just briefing tentang program and seat untuk guest . . other than that, just prepare goodies and persiapan laen di uruskan sepenuhnya oleh pengurusan JW Marriot Hotel Putrajaya . . walaupun perbelanjaan perkahwinan mencecah ratusan ribu, tapi yang penting kepuasan yang dirasai . . hari yang sangat bermakna untuk semua . .

  


Selesai semua rehersal kami lepak kat restoran mamak . . haha . . mcm mne mkan kat hotel pn . . mamak gak yg sedap . . haha

Sebelah malam,
Acara bermula, Aie diberikan tugasan untuk membuat pendaftran untuk semua tetamu. Actually mse nie agak kelam kabut . . sbb orang yang incharge benda2 nie buat kepala sendri . . mmg rase nak hentak pun ade . .

Apepun . . lupakan . . past is past . . acara dimulakan oleh Abg Ipin . . sudah semestinya Abg Ipin sangat terkenal dengan kpetahan beliau berbicara terutamanya majlis2 politik . . Maklumlah dia setiausaha kerja koordinator selangor . . haha . .



Receptionist girl~



Siapa dia?? hehe guest who?? ^^



with pengantin n akaq Nor and her husband abg nabil



again and again haha



abah n mak . . I Love U

Time nie xda ape yang best selain makan n bergambar . . of course kalu dh kena regu gila bergambar mmg seronok lah jwabnya . . ratusan pic . . tp xlarat nk upload semua . . haha byak kenangan with my family, csn and others . . dalam pkul 11 majlis habis, Aie plak bersiap sedia untuk Final Exam Taxation . . hehehe



~me and tiffany~



mcm pengantin plak . . hehe



my cousin Sara . .



My cousin Kak Yatie



cantik x?? bunga hidup taw !!

sebelum Aie terlupa ada perkara paling penting yang terjadi sejak 3 hari yang lepas, I got something yang istimewa dari seseorang . . Ape??? Haha . . nothing actually . . hanya sebaris ayat yang Aie simpan sbgai pembakar semangat . . Terima Kasih byak2  . . Sayang Kamu . . Aie xtahu kenapa ayat nie sangat terkesan untuk Aie . . tpi seperti biasa Aie xmengharapkan apa2 . .



Di depan Mazda



kami nak balik~ bye2

Ape pun . . 14 Oct 2012 . . tarikh keramat dalam keluarga Aie . . 
ALHAMDULILLAH SYUKUR~



Petua untuk mematahkan sihir


Assalamualaikum . . Agak lama Aie tidak bercerita dengan DLK . Latest, Aie banyak dengar mengenai masalah orang di sihir. Masya Allah sampai bila sifat dengki manusia ini nak berakhir. Aie ada terbaca sesuatu mengenai Petua mematahkan sihir. Walau apa pun kita memohon pada Allah dari sifat dengki dan iri hati manusia.
Petua Untuk Mematahkan SihirPetua Untuk Mematahkan Sihir

Pilihan 1: Sentiasa berada dalam keadaan wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.

Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersebut ke atas kepala. Jika sihir yang baharu kena akan gugur.

Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.

Pilihan 4: Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.

Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.

Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.

Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.

up